• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Kes Murid Maut Dituduh Curi iPhone Dipindahkan

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERANG – Kementerian Pendidikan (KPM) menzahirkan simpati, sedih dan takziah kepada keluarga mendiang pelajar perempuan yang meninggal dunia selepas cuba bunuh diri

Mangsa belajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist, Nibong Tebal, Pulau Pinang bertindak demikian kerana kemurungan dituduh curi telefon bimbit iPhone milik gurunya, baru-baru ini.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kejadian itu tidak sepatutnya berlaku dan KPM menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan sebelum tindakan susulan dibuat.

“Kita melahirkan rasa simpati dan takziah kepada keluarga mendiang dan saya fikir biarlah siasatan penuh dibuat antara pihak sekolah, guru dan polis sebelum tindakan kita selepas ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Baca: Guru Dapat Balik Iphone Tapi Pelajar Dituduh Curi Maut

Beliau sebelum itu hadir pada Program ‘Estate Run 2018’ di Homestay D’Belimbing. Lebih 800 pelajar terlibat dalam program diadakan bagi meningkatkan kesedaran jaga khazanah alam dan kepentingan bersukan dalam kalangan remaja dan belia.

Dalam pada itu, Mahdzir berkata guru terbabit telah dipindahkan ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sementara menunggu siasatan lengkap dijalankan oleh polis dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Beliau juga berkata perlunya ada penambahbaikan serta penyesuaian ilmu psikologi dari semasa ke semasa bagi memantapkan lagi ilmu itu dalam kalangan guru.

“Ilmu psikologi memang sedia ada dan diterapkan di peringkat universiti atau di Institut Pendidikan Perguruan Malaysia (IPGM), cuma kita boleh lihat dari aspek pembaharuan dan penambahbaikan agar guru ini lebih memahami cara berdepan dengan pelajar dalam keadaan situsi demikian,” katanya.

Pada 1 Februari lepas, M.Vasanthapiriya meninggal dunia selepas tujuh hari dalam keadaan koma setelah gantung diri di bilik rumahnya akibat dituduh mencuri telefon bimbit gurunya dalam kejadian 24 Januari lepas. – BERNAMA

Tags: bunuh diriKPM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mana Pergi Dasar Keselamatan Dan Antibuli KPM? – Afnan Hamimi

Mana Pergi Dasar Keselamatan Dan Antibuli KPM? – Afnan Hamimi

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden mempersoalkan sejauh mana dasar keselamatan dan antibuli Kementerian Pendidikan...

MITI Nafi Terlibat Keputusan Gugur Syarat 30% Ekuiti Bumiputera Bagi IPS Seperti Didakwa KPM

MITI Nafi Terlibat Keputusan Gugur Syarat 30% Ekuiti Bumiputera Bagi IPS Seperti Didakwa KPM

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjelaskan pihaknya tidak mempunyai maklumat berhubung isu pelarasan syarat pemilikan ekuiti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd