• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Curi Lembu Ditahan Di Batu Kawan

oleh Ahmad Albab
04/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU KAWAN – Tindakan pantas seorang pemancing ikan memaklumkan kepada penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sedang membuat operasi di Valdor, Sungai Bakap berhubung kejadian empat lelaki mencuri lembu, berjaya menahan seorang daripada mereka semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, lelaki yang sedang memancing ikan di bawah jambatan di kawasan berkenaan ternampak suspek mencuri lembu sebelum mereka melarikan haiwan tersebut menggunakan sebuah kereta jenis Proton Wira.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Shafee Abdul Samad berkata pemancing itu bertindak mengejar kereta dinaiki empat lelaki berkenaan sebelum dia ternampak penguat kuasa JPJ sedang membuat sekatan serta pemeriksaan di jalan bertentangan dan memaklumkan kejadian berkenaan.

“Penguat kuasa JPJ bertindak mengejar kereta suspek dengan kenderaan mereka dari Valdor sehingga ke kawasan perindustrian Batu Kawan iaitu kira-kira enam kilometer sebelum melanggar Proton Wira berkenaan selepas pemandunya enggan memberhentikan kereta tersebut.

“Seorang daripada mereka berjaya ditahan manakala tiga rakan suspek sempat melarikan diri dan pemeriksaan awal mendapati kereta itu menggunakan nombor pendaftaraan palsu serta dipercayai kenderaan curi yang dilaporkan hilang di Baling, Kedah baru-baru ini ” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Shafee berkata seekor lembu yang dicuri kumpulan itu turut ditemukan di dalam kereta Proton Wira berkenaan dan polis juga merampas pelbagai barangan antaranya parang, pedang samurai serta alat penyuntik yang digunakan mereka untuk mencuri.

Katanya modus operandi kumpulan itu ialah menyuntik lembu atau haiwan yang mereka mahu curi dengan ubat pelali bagi memudahkan mereka mencuri haiwan berkenaan sebelum melarikannya dengan menaiki kereta dan menjual kepada sindiket.

“Berdasarkan siasatan awal, kumpulan itu juga terlibat dalam kes pecah rumah dan samun bersenjata sejak tahun lepas serta usaha mengesan tiga lagi lelaki yang terlibat dalam kejadian berkenaan giat dijalankan,” katanya.

Beliau berkata siasatan juga mendapati lelaki berusia 26 tahun dan mempunyai 13 rekod lampau yang ditahan dalam kejadian itu memang dikehendaki polis berhubung beberapa kes jenayah.

Katanya suspek yang berasal dari Kuala Ketil, Kedah dan tidak bekerja serta positif dadah itu kini direman selama lima hari bagi membantu siasatan kes berkenaan. – BERNAMA

Tags: curi lembupolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd