• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Di Landasan Tepat Laksana GST – Pakar Ekonomi

oleh Ahmad Albab
16/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Keputusan kerajaan Malaysia melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), biarpun dikecam pihak tertentu, sebaliknya akan memanfaatkan negara itu dalam usahanya menjadi sebuah negara maju, kata Ketua Strategi Pelaburan dan Ketua Pakar Ekonomi AMP Capital Investors, Dr Shane Oliver.

“Saya rasa ini satu tindakan yang positif. Langkah melaksanakan satu kadar seragam yang meluas ke atas semua barangan akan membawa kepada satu sistem pencukaian yang lebih mudah dan kurang bermasalah.

“Ini disebabkan sistem pencukaian itu tidak lagi mengecualikan produk dan perkhidmatan tertentu berbanding yang lain,” katanya kepada Bernama.

Pendekatan ini, kata Oliver, seharusnya memudahkan lagi kalangan perniagaan, selain melancarkan pengaliran pendapatan bagi kerajaan.

Ditanya sama ada GST akan hanya meningkatkan inflasi, beliau berkata: “Jika ia menggantikan pelbagai cukai lainnya, maka ia tidak menyebabkan inflasi.

“Malah, jika ia hanya menambahkan lagi pendapatan yang akan digunakan untuk pembiayaan potongan cukai, sudah pasti sebarang lonjakan terhadap paras harga dapat ditampung menerusi impak pengurangan potongan cukai.”

Oliver turut berkongsi pengalaman kebanyakan negara lain yang tidak terkecuali dihujani debat serta bantahan pada awal pelaksanaan GST.

Namun, katanya, suara-suara itu lenyap selepas setahun pelaksanaan GST apabila rakyat menyedari ia satu tindakan yang bermanfaat.

“Saya rasa, perkara sama akan berlaku di Malaysia,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan pelaksanaan GST pada pembentangan Bajet 2014 dan memberikan tempoh 17 bulan kepada semua pihak berkepentingan dan penggiat industri mempersiapkan diri untuk menghadapi sistem pencukaian berkenaan.

Dalam ucapan Bajet 2015, Najib turut menegaskan kerajaan akan tetap meneruskan rancangan pelaksanakan GST yang mana mulai 1 April 2015, cukai jualan dan perkhidmatan akan ditamatkan dan digantikan dengan GST pada kadar enam peratus. – BERNAMA

Tags: GST
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd