• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangkang Tiada Kerajaan Negeri Jika SPR Tak Cekap

oleh AK-47
04/02/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARTI pembangkang pasti tidak dapat menguasai beberapa negeri dalam pilihan raya umum (PRU) yang lalu jika sistem pengawasan dan pemantauan pilihan raya di negara ini tidak cekap.

Justeru, Presiden Empirical Malaysia, Anina Saadudin mempersoalkan mengapa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menggesa supaya pemantau negara asing dibawa masuk untuk PRU-14.

“Gesaan terdesak kem pembangkang ini hanya satu lagi mainan drama mereka untuk memburukkan imej kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Ia juga bagi mendapatkan perhatian dan simpati pengundi kononnya sistem pemantau PRU kita tidak cekap,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Bersih 2.0 selama ini sering mendakwa mereka merupakan gerakan rakyat yang tidak berpartisan, namun tindak tanduk pertubuhan itu jelas menunjukkan ia adalah alat poembangkang untuk menumbangkan kerajaan Malaysia.

Organisasi yang sering melaungkan keadilan, hak asasi rakyat serta menuntut pilihan raya yang bersih itu ternyata cuma alat pembangkang yang berlindung di sebalik imej badan bukan kerajaan (NGO).

Terbaharu, Bersih 2.0 secara terbuka mengkritik siasatan ke atas Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung skandal kerugian tukaran mata wang asing Bank Negara Malaysia meskipun ia baru bermula.

Satu kenyataan rasmi Bersih 2.0 mengenai sambutan Hari Hak Asasi Sedunia 2016 turut mencerminkan nilai sebenar organisasi itu seolah-olah `sayap politik pembangkang’ ditugaskan hasut pemikiran rakyat benci kerajaan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Anina SaadudinSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor Ke-16 apabila berjaya...

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa tiada etika berpakaian ditetapkan bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd