• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Dua Lelaki Proses Air Ketum

oleh AK-47
02/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENDANG – Polis menahan dua lelaki serta merampas 11.25 liter air ketum dianggarkan bernilai kira-kira RM400 dalam serbuan di sebuah rumah di Felda Sungai Tiang dekat sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pendang DSP Fadzil Hashim berkata kedua-dua lelaki berumur 36 dan 53 tahun itu ditahan di ruang dapur rumah berkenaan selepas baru selesai memproses air ketum pada 12.10 tengah malam.

Beliau berkata operasi dilakukan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang setelah menerima maklumat daripada orang awam berhubung kegiatan penjualan air ketum di kawasan perumahan itu kira-kira dua bulan lepas.

“Pemeriksaan dilakukan menemui satu periuk aluminium berisi air dan daun-daun disyaki rebusan daun ketum dianggarkan kira-kira 10 liter. Kita juga menemui satu botol berisi cecair disyaki air ketum dengan isi padu 1.25 liter sebelum semua barangan dirampas untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadzil berkata siasatan awal mendapati air ketum yang dimasak itu disejukkan sebelum dibotolkan dan dijual pada harga RM10 hingga RM15 sebotol.

Beliau berkata kedua-dua suspek yang berasal dari Felda Sungai Tiang dan tidak mempunyai pekerjaan tetap ditahan reman tiga hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

“Semakan juga mendapati seorang suspek berusia 36 tahun mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. Hasil ujian saringan urin mereka bagaimanapun negatif dadah,” katanya. – BERNAMA

Tags: air ketum
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Kelantan Rampas Pil Yaba, Air Ketum Bernilai RM180,010

Polis Kelantan Rampas Pil Yaba, Air Ketum Bernilai RM180,010

05/11/2022
0

KOTA BHARU: Polis Kelantan merampas 18,000 biji pil yaba serta 0.3 liter air ketum dengan nilai keseluruhan dianggarkan lebih RM180,000,...

2 Lelaki Ditahan, Polis Rampas 110 Bungkus Air Ketum

2 Lelaki Ditahan, Polis Rampas 110 Bungkus Air Ketum

30/08/2022
0

Johor Bahru : Polis merampas 110 bungkus air ketum selain menahan dua lelaki pada serbuan di sebuah rumah di Kangkar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd