• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Misteri Rumah Suu Kyi Dilempar Bom Petrol

oleh Ahmad Albab
02/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

YANGON – Rumah pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi semalam dibaling bom petrol ketika dia tiada di kediaman itu, kata jurucakap kerajaan.

Ketika mengesahkan perkara itu kepada agensi berita AFP, Zaw Htay berkata: “Ia bom petrol.”

Dia tidak memberikan butiran lanjut mengenai kemungkinan motif di sebalik serangan kecil terhadap pemimpin dianggap wira demokrasi Myanmar itu.

Bom berkenaan menyebabkan kerosakan kecil, tetapi serangan di vila tempat Suu Kyi menjalani perintah kurungan selama bertahun-tahun sesuatu yang amat simbolik.

Suu Kyi semakin membangkitkan kemarahan jawatankuasa antarabangsa terhadap apa dianggap kegagalannya bersuara mempertahankan masyarakat Muslim Rohingya di negara itu.

Hampir 700,000 Rohingya melarikan diri daripada keganasan tentera di Rakhine, utara Myanmar, ke kem pelarian di Bangladesh sejak Ogos lalu dengan menceritakan pembunuhan, rogol dan pembakaran terhadap mereka.

Namun di Myanmar, Suu Kyi yang menang besar dalam pilihan raya pada 2015, masih dianggap wira oleh rakyat yang majoriti beragama Buddha, yang menggelarnya ‘The Lady.’

Ramai di Myanmar juga masih menganggap Rohingya sebagai pendatang tanpa izin ‘Bengali.’

Suu Kyi berada di Naypyidaw ketika kejadian semalam untuk membuat ucapan di Parlimen sempena ulang tahun kedua pemerintahan kerajaan NLD di bawah pimpinannya. – AFP/myMetro Online

Tags: Aung San Suu KyiMyanmarRohingya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Video Penduduk Tempatan Halau Komuniti Rohingya Viral

Video Penduduk Tempatan Halau Komuniti Rohingya Viral

03/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Tular sebuah video di media sosial memaparkan sekumpulan penduduk tempatan menghalau komuniti Rohingya di Kampung Pandan, dipercayai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd