• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahfuz Mahu Terus Main Peranan Rosakkan PAS

oleh Ahmad Albab
02/02/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Saya hanya meninggalkan parti PAS, tetapi selamanya saya tidak akan meninggalkan rakan-rakan saya yang masih ahli PAS,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Menurutnya, beliau dan rakan-rakannya yang masih bersama PAS akan terus memainkan peranan untuk menggerakan usaha supaya ahli dan penyokong PAS bersama Pakatan Harapan.

Beliau malah mengumumkan beliau memang menyokong Pakatan Harapan walaupun semasa masih berada dalam PAS.

“Moga Allah S.W.T merahmati dan memberkati kita semua (beliau dan rakan-rakannya dalam PAS) dalam usaha murni membina semula Malaysia tercinta,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mahfuz berkata, beliau tahu ramai tertanya-tanya parti apa yang akan beliau sertai selepas meninggalkan PAS.

Justeru, beliau memaklumkan akan mengumumkan perkara itu dalam tempoh 45 hari dari sekarang bermula dari hari ini 1 Februari 2018.

“Persoalan sama ada saya akan menyertai mana-mana parti Pakatan Harapan atau kekal sebagai wakil rakyat bebas akan saya umumkan pengumumannya dalam tempoh 45 hari,” katanya penuh bangga.

Pakatan Harapan yang diketuai DAP dibarisi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN). – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Mahfuz OmarPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kontroversi Puad Cetus Polemik: Wujudkah ‘Parti Anak-Beranak’ Di Malaysia?

Kontroversi Puad Cetus Polemik: Wujudkah ‘Parti Anak-Beranak’ Di Malaysia?

25/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kontroversi membabitkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bertindak keluar parti secara...

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

23/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh di media sosial yang memaparkan gambar beliau bersalaman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd