• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tengku Permaisuri Selangor Ziarah Bayi Ditinggalkan

oleh Ahmad Albab
02/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menziarahi bayi lelaki yang ditinggalkan di hadapan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR) pada 28 Januari lalu.

Keberangkatan Tengku Permaisuri Selangor secara mengejut itu diiringi oleh Penaung Diraja RACTAR, Tengku Puan Panglima Perlis, Tengku Puteri Nor Zehan binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

Bayi lelaki yang berusia hampir seminggu itu ditemui di dalam sebuah beg sekolah yang ditinggalkan di hadapan rumah kebajikan tersebut.

Tengku Permaisuri Selangor yang terkesan dengan berita itu telah berkenan untuk melihat sendiri perkembangan bayi berkenaan yang kini dalam keadaan sihat dan diletakkan di bawah pemantauan rapi.

Baginda turut meluahkan rasa sedih dan simpati terhadap apa yang berlaku khususnya peningkatan gejala seperti pembuangan bayi yang amat membimbangkan.

“Saya merasakan ibu bapa, keluarga dan masyarakat memainkan peranan penting dalam mengukuhkan institusi kekeluargaan sekaligus mengelakkan anak-anak terjerumus ke arah melakukan perkara-perkara negatif.

“Saya amat sedih melihat bayi yang tidak berdosa ini menjadi mangsa di atas kesilapan pertimbangan individu tertentu yang mungkin belum matang dalam berfikir dan membuat keputusan,” titah baginda.

Baginda juga berharap pihak berkuasa bertindak lebih tegas dalam membanteras gejala-gejala sosial yang tidak elok di kalangan remaja yang boleh membawa kepada pembuangan bayi.

“Kejadian pembuangan bayi ini seharusnya membuka mata masyarakat untuk lebih peka dan prihatin dengan keadaan sekeliling. Beta rasa dengan pegangan agama yang teguh, perkara-perkara sebegini boleh dielakkan kerana dalam Islam juga mengharamkan pembuangan bayi dan merupakan satu dosa yang besar,” titah baginda. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bayiTengku Permaisuri Selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

11/12/2025
0

SEREMBAN: Bayi perempuan berusia setahun meninggal dunia selepas dikatakan diambil ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri dari rumah pengasuh dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd