• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Nafi Bawa Parang Ketika Serbuan Dadah

oleh Ahmad Albab
01/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis hari ini menafikan dakwaan kononnya membawa parang ketika melakukan satu serbuan di sebuah kondominium di Selayang pada 7 Jan lepas.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata tuduhan yang dibuat itu tidak munasabah dan tidak berasas sama sekali sehingga boleh menjatuhkan imej dan kredibiliti polis.

“Polis ingin menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan polis ada membawa parang selain pengadu (individu yang membuat dakwaan) ini tiada di rumah tersebut semasa serbuan dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata serbuan di dalam sebuah unit kondominium itu dibuat selepas pihaknya menerima maklumat berkaitan kegiatan dadah dan sewaktu serbuan, ​dua individu telah bertindak agresif dengan menendang anggota polis serta mengeluarkan kata-kata kesat semasa pemeriksaan dijalankan.

Katanya, kedua-dua mereka telah dituduh di Mahkamah Majistret Selayang pada 23 Jan lepas mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

“Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah dan dikenakan ikat jamin, sebutan semula kes adalah pada 26 Feb ini. Segala tindakan yang dilakukan (polis) mengikut lunas undang-undang serta berpandukan bukti dan keterangan yang diperolehi hasil daripada siasatan yang dijalankan,” kata Ali.

Baru-baru ini, sebuah portal berita tempatan melaporkan lapan anggota polis yang tidak memakai uniform didakwa membawa parang ketika membuat serbuan di sebuah kondominium di Selayang pada 3 petang, 7 Jan lepas.

Seorang daripada anggota itu dikatakan memecahkan pintu masuk selepas tidak mendapat kerjasama daripada individu yang berada di dalam rumah itu. – BERNAMA

Tags: polisserbuan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd