• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Cari Saksi Kes Penipuan Pakej Umrah Kak Ton

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Polis Pahang sedang menjejaki seorang lelaki, Tuan Mohd Yusri Tuan Long, 38 bagi membantu siasatan kes penipuan pakej umrah membabitkan kerugian RM44,000 sejak akhir Disember 2016 hingga Oktober tahun lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata berdasarkan maklumat terakhir polis saksi dipercayai pernah menetap di alamat No.15 Kampung Larut Tin, Taiping, Perak dan No.3 Lorong 4, Jalan Cempaka, Kampung Majidee Baru, Johor Bahru.

“Bagaimanapun usaha mengesan Tuan Mohd Yusri di alamat berkenaan gagal dan dia diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang atau berhubung dengan Insp James Johason di talian 012-5151417 bagi membantu siasatan kes penipuan pakej umrah Kak Ton,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Rompin atas 11 pertuduhan melakukan penipuan pakej umrah membabitkan kerugian sebanyak RM44,000 sejak akhir Disember 2016 hingga Oktober tahun lepas.

Zaiton Man, 48 atau lebih dikenali sebagai Kak Ton, didakwa telah memperdaya mangsa dari sekitar Felda Keratong, Bandar Muadzam Shah, dan Bandar Tun Razak, Rompin.

Mangsa yang kecewa kera­na gagal ke Tanah Suci pada tarikh dijanjikan iaitu awal Disember tahun lepas kemudian membuat laporan di Balai Polis Muadzam Shah.

Difahamkan Kak Ton adalah wakil sebuah syarikat yang berpangkalan di Kamunting, Perak dan syarikat itu pula bekerjasama dengan beberapa agensi umrah lain untuk menghantar individu yang berkenaan mengerjakan umrah. – BERNAMA

Tags: polisTipu Pakej Umrah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd