• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota ‘Geng Mamak’ Didakwa Simpan Kereta Curi, Merompak

oleh Ahmad Albab
17/01/2015
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang anggota ‘Geng Mamak’ hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret di sini atas tujuh pertuduhan termasuk menyimpan kereta curi dan memiliki senjata berbahaya serta peralatan pecah rumah.

Mohamad Yusof Abu Bakar, 50, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan.

Di Mahkamah Sesyen, dia didakwa memiliki sebilah parang panjang berhulu merah di hadapan rumah No 43, Persiaran Tembok 10, Taman Sri Desa di sini pada 6.20 petang, 6 Dis tahun lepas.

Mohamad Yusof didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim Rihaida Rafie menetapkan 30 Jan untuk sebutan semula kes bagi membolehkan tertuduh melantik peguam.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Suffian Jaafar tidak menawarkan sebarang jaminan dan memaklumkan mahkamah bahawa kes tertuduh diklasifikasi sebagai boleh mengganggu-gugat keselamatan negara.

Di Mahkamah Majistret, Mohamad Yusof berdepan pertuduhan menyimpan harta curi iaitu sebuah kereta Honda Civic yang dianggarkan bernilai RM80,000 milik Mardiyana Ahmad Halili, 34.

Dia didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum tujuh tahun, jika sabit kesalahan.

Majistret Nurul Asyifa Redzuan menetapkan 25 Feb untuk menyebut semula kes itu.

Di Mahkamah Majistret berasingan, Mohamad Yusof berdepan dua pertuduhan menyimpan kereta curi; dan dua pertuduhan iaitu memiliki peralatan pecah rumah seperti kuku kambing serta pemotong besar mengikut Seksyen 28(i)(ii) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan aset polis seperti gari dan vest mengikut Seksyen 89(a) Akta Polis 1967.

Dia juga didakwa memiliki dua set walkie-talkie jenama Motorola tanpa alasan munasabah mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mohamad Yusof didakwa melakukan kesemua kesalahan di tempat, pada masa dan tarikh sama.

Majistret Haslinda A. Raof menetapkan 25 Feb sebagai sebutan semula kes.

Di TAIPING, seorang lagi anggota ‘Geng Mamak’ iaitu Mohamad Hanifa Abu Bakar, 32, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan melakukan rompakan berkumpulan terhadap Roslan Abd Ghani, 47.

Mengikut pertuduhan, Mohamad Hanifa yang diwakili peguam P.Ravee, merompak wang tunai RM400 dan sebuah kereta BMW 5 series milik mangsa bersama empat lagi yang masih bebas dan didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran hentian rehat dan rawat Taiping Utara pada 10.50 malam, 18 Sept 2013.

Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Isa tidak menawarkan sebarang jaminan dan Hakim Mohd Sabri Ismail menetapkan 18 Feb sebagai sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: geng mamak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Reman Ke Atas 2 Anggota Dipercayai Geng Mamak Disambung 7 Hari

27/01/2016
0

TAIPING - Mahkamah Majistret di sini hari ini melanjutkan tahanan reman selama tujuh hari lagi terhadap dua lelaki dipercayai anggota...

Lagi Anggota Geng Mamak Ditahan Di Perak

24/12/2014
0

IPOH - Seorang lagi dipercayai anggota 'Geng Mamak' di ditahan di Kampung Larut Tin Sambungan, Taiping pada Khamis lepas. Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd