• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Panjat Kereta Khayal Syabu

oleh Ahmad Albab
01/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Seorang lelaki yang memanjat bumbung sebuah PERODUA Myvi di bulatan Jalan Pasir berhadapan Plaza Likas, di sini, disahkan berada di bawah pengaruh dadah ketika kejadian.

Suspek warga tempatan berusia 36 tahun itu dipercayai mengambil dadah sebelum kejadian, malah ujian saringan awal air kencing turut mendapati dia positif syabu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisiner M Chandra, berkata dalam kejadian jam 5.30 petang pada 28 Januari lalu, suspek yang berada dalam keadaan khayal keluar dari kereta dipandu rakannya sebelum melakukan kekacauan dengan menghalang lalu lintas di lokasi terbabit.

“Suspek kemudian memanjat bumbung sebuah PERODUA Myvi warna putih yang berhenti di bulatan Jalan Pasir sebelum ditangkap oleh orang awam di kawasan terbabit,” katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.

Chandra berkata, pada hari kejadian, anggota Task Force Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu bersama bersama anggota Unit Ronda Bermotosikal (URB) diarahkan ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat berkaitan tangkapan lelaki terbabit.

BEG tangan serta kunci turut ditemui pihak polis selepas suspek mengaku terbabit dalam kes kecurian sebuah Toyota Hilux, di Kota Kinabalu. – Foto ihsan PDRM
Katanya, siasatan lanjut mendapati suspek mengaku terbabit dalam kes curi sebuah Toyota Hilux bersama seorang rakannya yang masih bebas di tepi jalan sekitar Karamunsing, pada jam 10 pagi hari sama.

“Suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu direman sejak Isnin lalu hingga hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan,” katanya.

Video suspek memanjat bumbung dan mengganggu lalu-lintas tersebar luas di laman sosial.

Gelagat seorang lelaki memanjat bumbung sebuah PERODUA Myvi di bulatan Jalan Pasir berhadapan Plaza Likas, Kota Kinabalu, tersebar luas di media sosial, baru -batu ini.

Suspek yang memanjat bumbung sebuah PERODUA Myvi di bulatan Jalan Pasir berhadapan Plaza Likas, Kota Kinabalu didapati positif dadah jenis syabu. – BH ONLINE

Tags: lelakiSyabu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd