• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tak Layan Sebarang Tuntutan Terhadap Sabah

oleh Ahmad Albab
31/01/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA — Malaysia hari ini menegaskan sekali lagi pendiriannya yang tidak akan mengiktiraf dan melayan tuntutan mana-mana pihak terhadap Sabah.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata Pertubuhan Bangsa Bersatu dan masyarakat antarabangsa telah mengiktiraf Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia sejak penubuhan persekutuan ini pada 16 September 1963.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan seorang anggota Jawatankuasa Perundingan Filipina, Aquilino Pimentel Jr. seperti yang dilaporkan media baru-baru ini.

Menurut laporan itu, Pimentel, yang dilantik bagi mengkaji semula Perlembagaan 1987, berkata beliau akan mencadangkan kemasukan Sabah ke dalam Filipina sebagai sebahagian daripada peralihan negara itu kepada sistem kerajaan persekutuan.

“… kenyataan (tuntutan) seperti ini akan hanya mendedahkan kejahilan tentang sejarah dan undang-undang antarabangsa di pihak mereka yang menyuarakannya serta berpotensi untuk merosakkan hubungan dua hala yang begitu kukuh antara Malaysia dan Filipina ketika ini,” kata Anifah dalam kenyataan di sini.

Semasa Sidang Kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur pada 1977, Presiden Ferdinand Marcos berikrar untuk menggugurkan tuntutan Filipina terhadap Sabah yang wujud sejak sekian lama sebelum itu. – BERNAMA

Tags: Anifah Aman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin Warisan Hina Pejuang Lahad Datu – Anifah

21/09/2020
0

KOTA KINABALU - Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman kesal dengan ucapan yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin...

Raja Abdullah Tawar Kuda Jantan Kepada Najib – Anifah

13/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak menolak tawaran Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al Saud, yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd