• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Santuari Gajah Johor Siap 45 Peratus – Exco

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Fasa pertama projek pembinaan Santuari Gajah Johor (JES) di sini dalam usaha menyelesaikan konflik gajah liar, sudah 45 peratus siap, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat.

Menurut beliau, santuari itu dijangkakan siap sepenuhnya pada Ogos depan dengan kerja-kerja tertumpu kepada pembinaan jalan masuk, jambatan, berek pekerja, pusat pentadbiran dan ‘bilik’ untuk menempatkan gajah liar.

Katanya, santuari itu diwujudkan bagi menyelesaikan konflik gajah liar yang sering menceroboh kawasan penduduk di daerah itu sehingga mengakibatkan kerosakan harta benda.

Beliau berkata, berdasarkan rekod Jabatan Perhilitan, terdapat 70 ekor gajah liar berada di daerah itu dengan 45 daripadanya dikategorikan sebagai bermasalah atau ganas.

“Permohonan kita untuk projek ini dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) sebenarnya sebanyak RM35 juta tetapi kita menerima kelulusan RM15 juta.

Beliau berharap mendapat peruntukan seterusnya, katanya dalam sidang media selepas melawat tapak projek itu di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panti, Datuk Baderi Dasuki dan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Johor, Che Mohd Dahan Che Jusof. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hayati Makna Sujud, Jauhi Sombong Dan Kezaliman – Ismail Lasim

Hayati Makna Sujud, Jauhi Sombong Dan Kezaliman – Ismail Lasim

16/10/2026
0

KUALA PILAH – Penghayatan terhadap solat perlu diterjemahkan melalui akhlak yang baik, sikap menghormati hak sesama manusia serta menjauhi kesombongan,...

“Go Away. Don’t See Me. I Don’t Want To See You” – Tuanku Muhriz Tegur Menteri Besar Negeri Sembilan

“Go Away. Don’t See Me. I Don’t Want To See You” – Tuanku Muhriz Tegur Menteri Besar Negeri Sembilan

16/10/2026
0

SEREMBAN - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, secara terbuka menegur Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berhubung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd