• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Dekati Ular Jika Tiada Pengetahuan

oleh Ahmad Albab
30/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Orang ramai dinasihatkan agar tidak dekati atau tangkap sebarang jenis ular jika tidak ada pengetahuan tentang cara mengendalikan reptilia bahaya itu kerana ia berpotensi membunuh walaupun bersaiz kecil.

Petugas di Taman Ular dan Reptilia Negeri Perlis, Azri Ahmad menyifatkan ular sebagai haiwan yang unik dan tidak boleh dikendalikan dengan hanya berbekalkan keberanian semata-mata.

“Saya hilang separuh jari telunjuk akibat dipatuk ular kapak yang saiznya kecil sahaja, itu pun setelah dapat rawatan segera dan saya sendiri mempunyai pengetahuan tentang cara berhadapan dengan situasi seperti dipatuk ular.

Ular sawa pula misalnya, ramai beranggapan ia tidak bahaya kerana tidak berbisa, namun ia sebenarnya ada kekuatan untuk bunuh mangsa dengan belitannya walaupun beratnya tidak sampai 20 kilogram,” katanya kepada Bernama dekat sini, hari ini.

Beliau yang berpengalaman mengendalikan ular lebih 13 tahun berkata, jika berjumpa dengan reptilia itu, seeloknya jauhi dan segera hubungi mereka yang pakar seperti pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) atau pihak bomba.

“Jika berhadapan dengan ular berbisa dan anda berada terlalu hampir dengannya (jarak selamat lebih kurang dua meter), jangan panik, sebaliknya ‘matikan diri’ sehingga ular itu berlalu kerana ia biasanya tidak menyerang jika tidak berasa terancam.

“Diingatkan juga sesiapa yang dipatuk ular, pastikan segera ke hospital dan kenal pasti apakah jenis ular yang mematuk kita, sama ada berbisa atau tidak, tetap kena ke hospital untuk dapatkan rawatan, jangan pandai-pandai sendiri dengan amalkan petua sebagainya kerana nyawa boleh terancam,” kata Azri.

Dalam pada itu Azri berkata, sekiranya berhadapan dengan kejadian mangsa dibelit ular sawa, kurangkan pergelutan dan patahkan hujung ekornya sebelum cuba meleraikan belitan kerana bahagian itu sangat sensitif apabila disentuh dan ia akan menjadi lemah.

“Lagi banyak kita bergerak dan lawan ular sawa ini, dia menjadi semakin agresif dan belitannya akan menjadi semakin kuat,” katanya.

Sementara itu, seorang peminat ular yang dikenali sebagai Zack, 40-an, berkata walaupun berpengalaman mengendalikan ular sawa lebih empat tahun, beliau sentiasa berhati-hati dan berwaspada bagi mengelakkan insiden tidak diingini.

“Jika ular lain, kekuatannya pada bisa, tetapi ular sawa menggunakan kekuatannya untuk membunuh. Walaupun bersaiz lebih kurang dua meter, kena ada dua atau tiga orang untuk kendalikan ia,” katanya. – BERNAMA

Tags: ular
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penyamaran Hampir Sempurna: Awas ‘Ular Kapak’ Di Laluan Hutan

Penyamaran Hampir Sempurna: Awas ‘Ular Kapak’ Di Laluan Hutan

03/02/2026
0

Aktiviti mendaki bukit atau merentas hutan sememangnya memberi ketenangan dan kepuasan tersendiri. Namun, di sebalik keindahan alam, terdapat risiko yang...

Ular Sebabkan Gangguan Bekalan Elektrik Di Batu Kawa

Ular Sebabkan Gangguan Bekalan Elektrik Di Batu Kawa

13/03/2025
0

Kuching: Seekor ular menyebabkan gangguan bekalan elektrik selama dua jam yang menjejaskan kawasan Batu Kawa dan MJC di sini pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd