• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Maut Bas Sekolah Merempuh Lori Rosak

oleh Ahmad Albab
31/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BINTULU – Tiga termasuk dua murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kidurong II, di sini maut selepas bas sekolah dinaiki mereka merempuh sebuah lori dalam kemalangan di Kilometer 12, Jalan Pesisir Bintulu – Miri berhampiran Ladang Sebubu, Samalaju, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.12 pagi itu, bas sekolah dipercayai dalam perjalanan menghantar anak-anak pekerja sebuah ladang sawit di Samalaju ke sebuah sekolah rendah di pusat bandar sebelum merempuh bahagian belakang lori berkenaan yang membawa muatan besi paip.

Pemandu bas, Ramnelan Samat, 50, dan seorang penumpangnya, Aien Laila Alesha Abdullah, 11, mati di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di bahagian kepala, manakala seorang lagi mangsa, Nurnadia Syakila, 9, meninggal dunia di Unit Kecemasan Hospital Bintulu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu ketika dihubungi memaklumkan ketika kejadian, bas sekolah berkenaan dalam perjalanan menghantar 22 murid ke sebuah sekolah di pusat bandar.

“Hasil siasatan awal mendapati bas berkenaan merempuh bahagian belakang lori berkenaan, menyebabkan bahagian depan bas remuk, dengan ada di antara mangsa tersepit.

“Berdasarkan maklumat yang diperoleh, pemandu lori mendakwa kenderaannya rosak dan diletakkan di bahu jalan,” katanya.

Katanya, kejadian turut menyebabkan tujuh lagi murid sekolah terbabit cedera dan diletakkan di bawah pengawasan pasukan perubatan Hospital Bintulu, manakala 12 lagi penumpang terselamat, namun mengalami trauma susulan kemalangan itu.

“Punca sebenar kejadian sedang dikenalpasti dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Waris kesemua mangsa sudah dihubungi berhubung kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak memaklumkan jabatan itu menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 6.12 pagi tadi sebelum sepasukan pegawai dan anggota bersama jentera dikejarkan ke lokasi kejadian, masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dan Samalaju.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, seorang mangsa tersepit di tempat duduk (pemandu bas) berikutan keadaan kenderaan yang remuk akibat pelanggaran,” katanya. – BH ONLINE

Tags: kemalangan basmaut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

11/02/2026
0

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd