• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Orang Buruan Mati Terjun Bangunan

oleh Ahmad Albab
30/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang penjenayah dikehendaki bertindak nekad terjun dari tingkat tiga pangsapuri didiami di Sri Petaling di sini, selepas menyedari cuba diberkas polis.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi semalam, suspek lelaki berusia 34 tahun terbabit bagaimanapun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah.

Difahamkan lelaki itu diburu polis Perak selepas dipercayai terbabit dengan sindiket penipuan panggilan atau Macau Scam.

“Ketika kejadian, beberapa anggota polis membuat serbuan di rumah lelaki itu yang terletak di tingkat tiga bangunan pangsapuri berkenaan.

“Mereka mengetuk pintu rumah lelaki terbabit namun tiada jawapan,” katanya.

Sumber berkata, beberapa minit kemudian ada jiran berhampiran memaklumkan seorang lelaki terjatuh di tingkat bawah bangunan pangsapuri itu.

“Pemeriksaan lanjut mendapati individu terbabit adalah lelaki yang dicari pihak polis terbabit.

“Siasatan awal mendapati lelaki itu cuba melarikan diri dengan terjun dari tingkat tiga kediaman. Namun tindakan itu mengundang padah apabila dia disahkan maut di lokasi kejadian akibat cedera parah,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu. – myMetro Online

Tags: Macau Scammaut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas mengesahkan satu insiden berlaku ketika kerja-kerja penyelenggaraan bot penyelamat di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO)...

Skim Pelaburan ‘5% Setiap Transaksi’ Rupanya Perangkap, RM31 Juta Lesap

Skim Pelaburan ‘5% Setiap Transaksi’ Rupanya Perangkap, RM31 Juta Lesap

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Taktik menjanjikan pulangan lumayan akhirnya memakan diri apabila sekumpulan pelabur warga asing kerugian lebih RM31 juta selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd