• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perancangan Lemah Sebab Utama Masalah Kewangan

oleh Ahmad Albab
30/01/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perancangan yang lemah dan kos sara hidup tinggi menjadi dua penyebab utama masalah kewangan dialami individu yang mendapatkan bantuan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), kata Ketua Pegawai Eksekutif, Azaddin Ngah Tasir hari ini.

Beliau berkata data AKPK menunjukkan 43.3 peratus mereka yang mendapatkan bantuan adalah disebabkan perancangan kewangan yang lemah diikuti 21.8 peratus akibat kos sara hidup tinggi selain perniagaan lembap dan gagal (14.5 peratus).

Penyebab lain termasuk perbelanjaan perubatan yang tinggi (8.8 peratus), kehilangan ​​​​​​​pekerjaan/pemberhentian kerja/kehilangan individu yang menanggung kehidupan (9.4 peratus) dan lain-lain (2.2 peratus).

Sejak agensi itu ditubuhkan pada 2006, sebanyak 683,169 individu telah mendapatkan bantuan, daripada jumlah tersebut, 210,814 orang atau 30.9 peratus adalah di bawah Program Pengurusan Kredit ​​​​​​​(DMP), dan 15,439 kes melibatkan RM617.4 juta dapat diselesaikan setakat 31 Disember 2017.

“Kira-kira 73 peratus daripada mereka yang mendapatkan bantuan adalah berpendapatan di bawah RM4,000 sebulan, dan kami berpendapat mereka mendapat pendedahan​​​​​​​ berlebihan memandang​​​​​​ remeh komitmen yang perlu mereka tanggung.

“Mereka tidak tahu bagaimana untuk menguruskan belanjawan secara serius dan apa yang perlu diutamakan. Jadi, apabila mereka membuat silap, mereka tidak boleh menampungnya kembali kerana tiada penampan,” katanya di luar taklimat kesedaran program Perkiraan Sukarela (VA) di sini, hari ini.

Azaddin berkata, tidak wujud stigma terhadap mereka yang datang mendapatkan bantuan AKPK.

“Jika anda datang ke AKPK, anda hadir bersama-sama hutang dan sebagainya, namun hari ini kami menyaksikan ramai yang menerima AKPK sebagai tempat untuk membantu mereka menstrukturkan semula dan menguruskan kewangan serta hutang,” katanya.

Beliau berkata jumlah individu yang mendapatkan bantuan AKPK meningkat.

Perkhidmatan yang ditawarkan AKPK bagi pendidikan kewangan, kaunseling dan pengurusan​​​​​​​kewangan serta DMP adalah percuma.

AKPK memperkenalkan perkhidmatan VA baharu hari in, yang merupakan mekanisme penyelamat sebelum bankrap bagi ketua-ketua pusat kutipan dan pemulihan, serta jabatan dari pelbagai institusi kewangan dan penyedia kredit.

VA, yang bertujuan membantu mereka yang berpotensi bankrap, adalah pilihan terakhir penghutang untuk merundingkan pelan pembayaran semula boleh laksana bersama-sama pemberi kredit untuk mengelak bankrap. – BERNAMA

Tags: AKPK
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rancang Kewangan Elak Kegagalan Bayar Hutang

05/04/2018
0

KOTA BHARU - Perancangan kewangan yang betul perlu menjadi keutamaan seluruh rakyat negara ini bagi mengelak terjerumus dalam kemelut kegagalan...

Tingkat Kesedaran Celik Kewangan Golongan Muda

30/11/2017
0

KUALA LUMPUR – Agensi Kaunseling dan Pengurusan Hutang (AKPK) mahu meningkatkan kesedaran mengenai celik kewangan, terutama dalam kalangan golongan dewasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd