• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyerahan Insentif Atlet Kejohanan Sukan Para ASEAN

oleh AK-47
30/01/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAJLIS Penyampaian Insentif Kepada Atlet Negeri Selangor Ke Kejohanan Sukan Para Asean Ke-9, Kuala Lumpur 2017 merupakan majlis yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS).

Pengerusi Jawantankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan selaku Pengerusi Majlis Sukan Negeri Selangor, Y.B Tuan Haji Amirudin bin Shari telah menyempurnakan majlis ini yang bertujuan meraikan serta memberi penghargaan terhadap kecemerlangan atlet-atlet negeri Selangor yang telah membantu mengharumkan nama Negara Malaysia di Kejohanan Sukan Para ASEAN ke-9 yang telah berlangsung pada 17 September – 23 September 2017.

“Saya berharap semua pihak di Majlis Sukan Negeri Selangor, persatuan dan atlet-atlet akan terus melipat gandakan usaha dan komitmen yang jitu khususnya dalam membentuk kontinjen negara yangmantap bagi menjulang kecemerlangan sukan di Negeri Selangor dan seterusnya mengharumkan nama negara pada temasya yang akan datang.”

Pada Sukan Para ASEAN ke-9 yang lalu, Negara Malaysia telah menduduki tempat ke-2 secara keseluruhan dengan memperolehi 90 emas, 85 perak dan 83 gangsa.

Seramai 40 orang atlet Negeri Selangor telah bertanding mewakili negara dalam 11 acara sukan iaitu sukan Berbasikal, Renang, Olahraga, Tenpin Boling, Badminton, Ping Pong, Boccia, Catur, Bola Keranjang Berkerusi Roda, Bola Sepak CP dan Bola Tampar Duduk. Sukan berbasikal merupakan penyumbang pingat emas terbesar bagi atlet Negeri Selangor secara keseluruhannya.

Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM 162,700.00 bagi tujuan pemberian insentif kepada para pemenang pingat serta penyertaan setiap atlet dalam acara-acara sukan yang dipertandingkan.

Pemberian insentif ini memperlihatkan komitmen Kerajaan Negeri Selangor dalam memberi sokongan dan penghargaan atas usaha serta pengorbanan atlet Selangor dalam mengharumkan nama Negeri Selangor dan negara.

Tags: Insentifmajlis sukan negeri selangorMSNSukan Para ASEAN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Tawar Insentif RM3,000 Kepada Jemaah Haji

Selangor Tawar Insentif RM3,000 Kepada Jemaah Haji

17/05/2023
0

SHAH ALAM : Kerajaan negeri melalui Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) menawarkan Insentif Haji Muassasah 1444H/2023M kepada 3,000 jemaah kumpulan...

KPDN Bincang Beri Insentif Pada Pengusaha Tawar Menu Rahmah – Fuziah

KPDN Bincang Beri Insentif Pada Pengusaha Tawar Menu Rahmah – Fuziah

10/02/2023
0

Pemberian insentif kepada pengusaha kedai makan dan restoran yang menyediakan hidangan Menu Rahmah kepada pelanggan sedang dalam perbincangan Kementerian Perdagangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd