• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kajian Semula Pelan Hala Tuju SDC Akan Dimulakan

oleh Ahmad Albab
29/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kajian semula Pelan Induk Hala Tuju Koridor Pembangunan Sabah (SDC) akan dimulakan tidak lama lagi, kata Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman.

Beliau turut menyarankan supaya pihak berkuasa SDC menerbitkan Kad Skor Seimbang Koridor Ekonomi Wilayah yang menggariskan strategi serta program selain prestasi dan impaknya terhadap negara, sedekad selepas koridor pembangunan itu diwujudkan.

“Semua pihak berkuasa koridor itu sewajarnya mengetahui kejayaan diraih serta impak dan hasil yang dijana. Ini penting bagi memastikan sasaran baki tempoh Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) secara kolektif serta objektif koridor ekonomi itu, dapat dicapai.

“Ini juga penting supaya pihak berkenaan berada di landasan tepat bagi menepati matlamat masing-masing selain membolehkan mereka membentangkan pelan strategi dan tindakan pada masa depan,” katanya.

Ucapan beliau itu dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Infrastruktur Negeri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan di Persidangan Koridor Ekonomi Kebangsaan : Cabaran dan Prospek, di sini, hari ini.

Musa berkata Malaysia juga dijangka mencapai pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan mengekalkan aspirasi sebagai negara maju dan inklusif menjelang 2020.

“Bagi mencapai sasaran itu, negara perlu memastikan tumpuan ekonominya berintensif pengetahun dan nilai tinggi. Salah satu tumpuan ekonomi di bawah teras strategi kebangsaan RMK-11 adalah merangka pertumbuhan ekonomi bagi kemakmuran yang lebih ketara.

“Koridor ekonomi serantau itu juga akan dilonjakkan bagi memastikan pembangunan seimbang. Lebih banyak pelaburan di bandar terpilih akan turut dilaksanakan bagi meningkatkan daya saing mereka di peringkat global serta manfaat daripada ekonomi aglomerasi,” katanya.

Beliau berkata perusahaan kecil dan sederhana akan terus diperkukuhkan bagi mempromosi inovasi dan membentuk persekitaran perniagaan kondusif untuk meningkatkan sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan eskport serta menarik pelaburan bernilai tinggi ke kawasan pedalaman.

Menurut Musa, lima koridor ekonomi wilayah seperti SDC, Iskandar Malaysia, Wilayah Ekonomi Koridor Utara, Wilayah Ekonomi Pantai Timur dan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE), dijangka dapat merealisasikan pelaburan bernilai RM236 juta dan mewujudkan 470,000 pekerjaan menjelang 2020 di bawah RMK-11.

Dalam pada itu, persidangan dua hari yang bersempena sambutan ulang tahun ke-10 SDC, adalah anjuran bersama Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah, Institut Kajian Pembangunan Sabah dan Universiti Malaysia Sabah.

Acara yang berperanan sebagai platform perbincangan membabitkan kesemua pihak terbabit, akan menilai semula prestasi dan kemajuan SDC selain mengetengahkan input hala tuju, strategi, projek dan tindakan yang boleh dipertimbangkan oleh pihak berkaitan. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Musa Aman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Musa Tidak Didakwa Pada 2012 Kerana Kes Dana Politik

09/11/2018
0

PUTRAJAYA - Pejabat Peguam Negara memutuskan untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman pada...

Musa Aman Akan Cabar Keputusan Mahkamah

07/11/2018
0

KOTA KINABALU - Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman akan merayu terhadap keputusan oleh Mahkamah Tinggi di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd