• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Selangor Masih Gagal Muktamadkan Agihan Kerusi

oleh Ahmad Albab
30/01/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pakatan Harapan Selangor dilihat masih gagal memuktamadkan pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Perkara itu diakui Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menyifatkan pihaknya masih mempunyai masa untuk berbuat demikian.

Beliau berkata meskipun masih belum memutuskan soal pengagihan kerusi DUN, Pakatan Harapan Selangor bersedia berdepan dengan sebarang kemungkinan termasuk sekiranya PRU14 diadakan pada April depan.

“Adalah selamat untuk saya menyatakan bahawa kami sudah bersedia untuk itu (PRU14), sama ada dari segi calon, pengagihan kerusi dan persediaan untuk pilihan raya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Jabatan-jabatan kerajaan negeri Selangor di sini hari ini.

Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor, Jamzuri Ardani baru-baru ini yang dilaporkan berkata bahawa beliau (Mohamed Azmin) cuba melengah-lengahkan usaha pengagihan kerusi DUN bagi menghadapi PRU14.

Menerusi laporan portal berita, themalaysianinsight.com, Jamzuri mengakui bahawa pengagihan kerusi DUN bagi Pakatan Harapan itu masih gagal diputuskan sehingga kini walaupun tarikh akhir bagi memuktamadkan perkara itu ditetapkan Rabu ini.

Ditanya sama ada beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Gombak dan kerusi DUN Bukit Antarabangsa pada PRU14, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata perkara itu masih belum diputuskan kerana tertakluk kepada perbincangan dengan parti. – BERNAMA

Tags: Azmin Ali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

21/02/2023
0

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak akan mengganggu persiapan pilihan raya negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd