• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BR1M: Tun M Kata Haram, DAP Kata Teruskan

oleh Ahmad Albab
28/01/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PULAU PINANG – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sekali lagi mengumumkan Pakatan Harapan akan meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) jika berjaya menumbangkan Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mendakwa kononnya BR1M yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak tahun 2012 itu selari dengan dasar kerajaan DAP Pulau Pinang.

“Jika Pakatan Harapan menang PRU14, BR1M akan diteruskan,” katanya dalam satu sidang media semalam.

Guan Eng mengulangi pengumumannya itu susulan Tun Dr. Mahathir Mohamad mengulangi dakwaannya bahawa BR1M adalah satu bentuk rasuah dan membayangkan ia haram disentuh oleh umat Islam baru-baru ini.

Selain Mahathir, pemimpin Pakatan Harapan lain turut mengutuk pemberian BR1M oleh Kerajaan Persekutuan kepada rakyat dan melabelkan bantuan itu sebagai dedak.

Mahathir dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan bermula 13 Julai tahun lalu semata-mata untuk menghasut orang Melayu supaya mengundi parti pembangkang dalam PRU14.

BR1M mula diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan selepas melaksanakan agenda rasionalisasi subsidi yang menjimatkan perbelanjaan negara.

Subsidi yang dapat dijimatkan itu kemudian dipulangkan semula kepada rakyat dalam bentuk program pembangunan rakyat dan pemberian bantuan bersasar seperti BR1M. – Mynewshub.cc

Tags: Lim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer membahaskan isu Tabung Haji (TH) di Parlimen hari ini didakwa mencerminkan DAP...

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai silap langkah kerana menolak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd