• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Marahkan ‘Orang Ketiga’, Alyah Langgar Kereta Audi Ramli MS

oleh AK-47
16/01/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

RASANYA seluruh rakyat Malaysia mengetahui konflik rumah tangga antara Alyah dan Datuk Ramli MS yang masih menjadi antara topik paling hangat diperkatakan dalam industri hiburan.

ramli

Bermula daripada kisah pernikahan di sempadan yang dirahsiakan, timbul kontroversi lain apabila Alyah memuat naik sekeping foto suaminya bersama gadis lain yang disertakan kapsyen melambangkan hati sedang terluka dan kecewa.

umie_copy.transformed

Akibatnya berlaku salah faham apabila ada akhbar melaporkan Alyah mengaku perempuan dalam gambar itu isteri lain Ramli MS namun kenyataan ini dinafikan semula penyanyi itu yang memberitahu, perempuan itu pengganggu rumah tangganya sejak dahulu, bukan madu!

Tak berakhir di situ, hari ini Harian Metro melaporkan Alyah telah melanggar kereta Audi milik Ramli MS sehingga remuk bahagian depan ekoran konflik antara mereka sebelum ini.

PAKAILAH-630x354
Keratan artikel Harian Metro.

“Kalau terlalu ikutkan marah dan kegagalan mengawal emosi pada hari itu, mungkin habis benda lain pun saya langgar.

“Tapi perkara itu pun sudah lepas. Apa sebab sebenar (kejadian) biarlah kami berdua saja yang tahu,” ujar pelantun lagu Sesal Separuh Nyawa itu.

Insiden rempuhan tersebut juga mengakibatkan, Alyah terpaksa terpaksa menanggung kos mencecah RM11,000 untuk membaiki semua kondisi kereta miliknya yang juga remuk.

“Saya terpaksa keluar duit sampai RM11,000 untuk betulkan semula bahagian depan kereta, termasuklah menukar lampu bernilai beberapa ribu ringgit.

“Mengenai kereta dia, saya tak pasti sama ada dia sudah baiki atau tidak. Kena tanya dia sendiri,” tambah Alyah.

Begitu pun bila disentuh tentang tindakannya memuatnaik gambar kontroversi sebelum ini namun memadamnya semula selepas beberapa jam, Alyah enggan mengulas lanjut.

Kereta pacuan empat roda jenis Mitsubishi milik Alyah turut rosak gara-gara tindakannya melanggar kereta Ramli MS ketika marah.
Kereta pacuan empat roda jenis Mitsubishi milik Alyah turut rosak gara-gara tindakannya melanggar kereta Ramli MS ketika marah.

Apa pun, sama-samalah kita doakan semoga konflik antara Alyah dan Ramli MS segera diselesaikan secara baik sebagai suami isteri. – MYNEWSHUB.CC

Video Isu Perkahwinan Ramli MS Dan Alyah

Tags: Alyahinstagram artiskontroversi
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

PRN Negeri Sembilan: Amirudin Dakwa Rekod Anthony Loke Di Peringkat Persekutuan Cemerlang

PRN Negeri Sembilan: Amirudin Dakwa Rekod Anthony Loke Di Peringkat Persekutuan Cemerlang

26/07/2026
0

SEREMBAN - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook didakwa mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang di peringkat Kerajaan Persekutuan. Menteri Besar...

PH Bawa ‘Superman Hew’ Ke PRN Negeri Sembilan?

PH Bawa ‘Superman Hew’ Ke PRN Negeri Sembilan?

22/07/2026
0

SEREMBAN – Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mempersoalkan tindakan DAP dan Pakatan Harapan (PH) membawa Hew Kuan Yau atau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd