• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usahakan Tanah Tidak Diusahakan Bersama Felcra

oleh Ahmad Albab
27/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Semua kerajaan negeri yang memiliki tanah tidak diusahakan disaran bekerjasama dengan Felcra Berhad (Felcra) untuk melaksanakan projek tanaman kelapa sawit, padi atau getah.

Pengerusi Felcra Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata setiap tahun Felcra merancang untuk memperluaskan kawasan ladang di seluruh negara namun kekurangan tanah untuk membuka ladang-ladang baharu di Semenanjung Malaysia.

“Felcra hanya bertindak sebagai agensi pelaksana, hasil serta keuntungan yang diperoleh menerusi projek terbabit akan dipulangkan kepada Kerajaan Negeri, untuk diagihkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Belia Felcra Wilayah Utara di Dataran Pejabat Pengurus Besar Felcra Wilayah Utara di sini hari ini.

Perasmian majlis yang dihadiri kira-kira 600 anak peneroka Felcra dari seluruh wilayah utara itu disempurnakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Mengulas lanjut, Bung Moktar berkata projek ladang terbabit adalah baik, malah banyak negeri yang telah bekerjasama dengan Felcra termasuk Kedah, Terengganu, Johor dan Pahang.

“Program ini memang baik, ia dapat memastikan mereka memperoleh pendapatan tetap…contohnya jika ada tanah seluas 5 ekar, akan dapat pulangan yang baik…untung antara RM250 hingga RM1,250 sebulan.

“Sebab itu kita galakkan…bukan bermaksud Felcra akan mengambil-alih tanah terbabit sebaliknya minta mereka bekerjasama dengan Felcra…penyertaan daripada negeri ketika ini amat baik tetapi lebih baik kalau dapat ditambah, dapat mengurangkan kadar kemiskinan,” katanya.

Dalam pada itu, Bung Moktar berkata keluasan ladang diusahakan Felcra adalah 260,000 hektar membabitkan tanaman kelapa sawit, getah dan padi.

Daripada jumlah itu, 25,000 hektar tanah adalah milik Felcra manakala selebihnya milik peserta, katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Bung Moktar Radin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bung Moktar Sudah Tiada

Bung Moktar Sudah Tiada

05/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin meninggal dunia di sebuah...

Wakil Rakyat Lompat Parti Kelirukan Rakyat – Bung Moktar

20/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Perbuatan wakil rakyat melompat parti mengelirukan rakyat yang memilih mereka, kata anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd