• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sembilan Anggota Geng Pecah Rumah Ibadat Ditahan

oleh Ahmad Albab
27/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Sembilan individu berusia 19 hingga 32 tahun yang merupakan anggota sebuah kumpulan jenayah ditahan kerana dipercayai terlibat dalam 20 kes pecah rumah ibadat di sekitar negeri ini sejak setahun lepas.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Afzanizar Ahmad berkata geng berkenaan yang dianggotai lapan lelaki dan seorang wanita ditahan di sekitar Batu Berendam dan Malim di sini bermula pukul 4 petang semalam.

Beliau berkata modus operandi geng itu ialah memecah masuk ke rumah ibadat yang terlibat sebelum melarikan wang sumbangan orang ramai yang didermakan ke tabung yang diletakkan di premis berkenaan.

Katanya kebanyakan wakil rumah ibadat itu tidak dapat mengesahkan jumlah sebenar atau anggaran kerugian kerana ia merupakan sumbangan yang dimasukkan ke dalam tabung oleh orang ramai.

“Kes terbaharu adalah di Tokong Laong San di Jalan Rembia Lendu, Alor Gajah semalam dan tangkapan berjaya dilakukan dalam tempoh 24 jam. Tangkapan pertama melibatkan seorang lelaki dan wanita di Batu Berendam manakala selebihnya ditahan secara berperingkat,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata penangkapan anggota geng berkenaan melibatkan anggota polis dari ketiga-tiga daerah di negeri ini dan siasatan menjurus kepada pelbagai aspek kerana geng berkenaan juga disyaki terlibat dalam jenayah lain termasuk kes pecah rumah. – BERNAMA

Tags: Kes Pecah Masuk
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Rumah Tan Sri Isa Samad Dipecah Masuk

25/07/2018
0

NILAI – Rumah Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di Nilai Spring Heights dekat sini telah dipecah masuk kira-kira pukul...

Budak Dilarikan Selepas Rumah Dipecah Masuk

07/06/2018
0

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak perempuan hilang dipercayai dilarikan selepas rumah neneknya di Kampung Parit Lanjut, Sungai Terap dekat Muar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd