Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Polis Cari Lelaki Bantu...

KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur sedang mengesan seorang lelaki...

Tiub Pitot Mungkin Punca...

MOSCOW - Pakar Russia yang melakukan siasatan terhadap pesawat yang terhempas di luar...

Tawar RM1 Tukar Minyak...

SERDANG - Mungkin masih ramai lagi tidak tahu ke mana hendak dibuang minyak...

Imigresen Kedah Tahan Lelaki...

ALOR SETAR - Seorang lelaki warga tempatan ditahan Jabatan Imigresen Malaysia Kedah kerana...

Budak Dilarikan Selepas Rumah Dipecah Masuk

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak perempuan hilang dipercayai dilarikan selepas rumah neneknya di Kampung Parit Lanjut, Sungai Terap dekat Muar dipecah masuk, pagi tadi.

Nur Aisyah Hasmizan, yang berumur setahun lima bulan, disedari hilang kira-kira 5 pagi ketika kedua ibu bapanya, Siti NoorfadilahYusofe, 30, dan Hasmizan Othman, 35, bangun untuk bersahur.

Ibu saudara kanak-kanak itu, Jamilah Yusofe, 30, ketika dihubungi Bernama berkata adiknya (Siti Noorfadilah) ketika ini tidak dapat dihubungi kerana dua telefon bimbitnya turut dilarikan bersama anak bongsunya itu.

“Ibu saya sedar pintu dapur telah terbuka tetapi tiada kesan umpil di mana-mana pintu, mahupun bunyi seperti rumah dipecah masuk.

“Setakat ini, kami tidak mengesyaki sesiapa dan tidak menerima apa-apa panggilan yang pelik,” katanya.

Susulan kejadian itu, Jamilah berkata bapa mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Pasir, Muar, sejam selepas kehilangan anak bongsu daripada empat beradik itu.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar ACP Zaharudin Rasip ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

Beliau berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut mengenainya. – BERNAMA

Kategori