• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ancaman Alam Siber: TUDM Kerjasama Negara Luar

oleh Ahmad Albab
27/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terus bekerjasama dengan negara luar bagi berkongsi idea dan kepakaran dalam mengekang ancaman teknologi peperangan alam siber yang kian berkembang.

Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata pendekatan ini sejajar dengan keperluan semasa akibat perubahan teknologi ketenteraan masa kini dan jika tidak diambil perhatian boleh memberi kesan tidak baik terhadap keselamatan negara.

“Kini kita memasuki evolusi dunia ketenteraan, yang mana dari sudut peperangan udara ia semakin canggih. Jadi adalah penting untuk kita menitikberatkan dari aspek ilmu pengetahuan dan psikologi ruang siber bagi memberi lonjakan pada keupayaan pertahanan kita.

“Ini penting kerana dunia sekarang bukan sahaja menerusi mata kasar tapi ruang siber juga dirasakan akan memberi pengaruh besar kepada negara ini dan perlu diberi perhatian,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Istiadat Perbarisan Penyampaian Sayap Penerbangan di Kolej Tentera Udara di Kepala Batas, di sini, hari ini.

Pada majlis tersebut, seramai 36 pelatih yang terdiri daripada 20 pelatih Kursus Asas Penerbangan Siri 79/16 dan selebihnya adalah pelatih Kursus Asas Penerbangan Helikopter siri 58/16, menerima sayap penerbangan masing-masing.

Affendi berkata latihan serta kursus mengenai peperangan alam siber ini juga tidak lagi asing bagi negara maju dan Malaysia tidak boleh ketinggalan serta perlu mengikuti perkembangannya dari semasa ke semasa.

“TUDM telah mengambil langkah tepat dengan bekerjasama dengan syarikat berasaskan teknologi siber untuk bertukar kepakaran dan ilmu berkaitan, malah kita juga telah menghantar pelatih kita ke Indonesia, selain berkongsi kepakaran dengan tentera Australia dan Pakistan serta membuka ruang untuk negara lain menyalurkan maklumat dalam hal ini,” katanya.

Pada majlis itu, Leftenan Mohamad Farhan Ismail, 26, menerima anugerah Piala Panglima Tentera Udara (terbaik keseluruhan sayap kaku) disusuli Leftenan Mohamad Daniel Mohamad Noor, 26, dengan anugerah Piala Nuri (terbaik keseluruhan helikopter) dan Leftenan Mohamad Horas Matupang Kardi, 25 menerima Piala Panglima Pendidikan dan Latihan Udara (terbaik akademik). – BERNAMA

Tags: TUDM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TUDM Tidak Kompromi Terhadap Sebarang Salah Laku Atau Pelanggaran Disiplin

TUDM Tidak Kompromi Terhadap Sebarang Salah Laku Atau Pelanggaran Disiplin

07/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku dan pelanggaran disiplin membabitkan setiap warganya...

TUDM Sahkan Pendaratan Kecemasan Pesawat Latihan Di LTSAH

TUDM Sahkan Pendaratan Kecemasan Pesawat Latihan Di LTSAH

19/08/2025
0

ALOR SETAR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan berlakunya kes pendaratan kecemasan melibatkan sebuah pesawat latihan Pilatus PC-7 MkII di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd