• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permohonan Batal Saman Puncak Niaga 22 Februari

oleh AK-47
26/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 22 Februari ini untuk keputusan permohonan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Kerajaan Selangor bagi membatalkan saman hampir RM14 bilion yang difailkan Puncak Niaga Holdings Bhd (Puncak Niaga) berhubung penstrukturan semula industri air di Selangor.

Hakim Datuk Akhtar Tahir menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan lanjut daripada pihak Puncak Niaga selaku plaintif serta kedua-dua defendan terbabit melibatkan dua isu.

Dua isu berkenaan adalah sama ada prinsip undang-undang berkaitan penyalahgunaan kuasa di pejabat awam tidak terpakai apabila Malaysia mempunyai Akta Prosiding Kerajaan 1956 dan penjelasan mengenai maksud ‘penjawat awam’.

Terdahulu, peguam Gopal Sreenevasan, yang mewakili Puncak Niaga, berhujah interpretasi ‘penjawat awam’ di bawah Akta Prosiding Kerajaan dan Akta Tafsiran 1967 tidak boleh diguna pakai dalam permohonan itu memandangkan negara ini sudah ada Undang-Undang Lazim yang boleh disandarkan.

Peguam Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman yang mewakili kerajaan Selangor, pula berhujah adalah tidak salah untuk memberi definisi kepada ‘penjawat awam’ dengan mengguna pakai Akta Tafsiran kerana tuntutan plaintif melibatkan dakwaan ‘salah guna jawatan awam’.

“Menteri Besar atau Perdana Menteri tidak termasuk dalam kategori penjawat awam yang memegang jawatan di pejabat awam kerana jawatan mereka bukanlah diwujudkan di bawah Perkhidmatan Awam seperti mana yang didefinisikan di bawah Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan.

“Mengenai pemakaian Akta Prosiding Kerajaan, ia terpakai terhadap pihak kami (kerajaan negeri) kerana plaintif membawa tuntutan ke atas kami secara tanggungan liabiliti,” katanya.

Pada November dan Disember tahun lepas, Abdul Khalid dan kerajaan Selangor masing-masing memfailkan permohonan untuk membatalkan saman Puncak Niaga berkenaan yang turut menamakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai defendan.

Dalam permohonannya, Abdul Khalid antara lain menyatakan tindakan saman Puncak Niaga terhadapnya dibuat atas dakwaan ‘salah guna jawatan awam’, justeru beliau mendakwa pada setiap masa material beliau bukan seorang ‘pegawai awam’ di bawah undang-undang relevan seperti Akta Prosiding Kerajaan, Akta Tafsiran, Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959 dan Perlembagaan Persekutuan.

Kerajaan Selangor pula antara lain menyatakan tuntutan plaintif ke atas pihaknya menurut Akta Prosiding Kerajaan, merupakan salah tanggapan di sisi undang-undang selain plaintif tidak mempunyai locus standi untuk membawa tindakan saman itu. -BERNAMA

Tags: Puncak Niaga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azmin Gagal Dalam Tuntutan Terhadap Puncak Niaga

16/03/2018
0

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini gagal dalam tuntutan balasnya terhadap Puncak Niaga...

Puncak Niaga Sumbang RM1.3 Juta Wang Zakat

01/03/2018
0

SHAH ALAM – Puncak Niaga Holdings Bhd. (Puncak Niaga) dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menyumbang RM1.3 juta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd