• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penceramah Mengaku Tak Salah Ada Harta Pengganas

oleh AK-47
26/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang penceramah bebas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan mengendalikan harta milik pengganas dengan membuat pengeluaran wang daripada akaun banknya untuk kegunaan pengganas, tahun lepas.

Ahmad Junaidi Omar, 30, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan.

Dia didakwa dengan pengetahuannya telah membenarkan kemasukan wang berjumlah RM6,360 milik Muhammad Fadhail Omar ke dalam akaun bank miliknya, mengikut Seksyen 130Q(1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah peruntukan sama, iaitu penjara sehingga 20 tahun atau denda dan boleh dilucut hak mana-mana harta tersebut, jika sabit kesalahan.

Lelaki itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di hadapan Maybank Cawangan Baling, Kedah, antara 28 hingga 30 April, 2017.

Mahkamah menetapkan 9 Feb untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P. Kunyalam manakala tertuduh diwakili peguam Syafiqah Abdul Razak. – BERNAMA

Tags: pengganas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RUU355 Dijangka Dibentang Di Parlimen Tahun Ini – Mohd Na’im

‘Saya Pelik… Tak Pernah Berurusan Dengan Kumpulan Dilabel Pengganas’

18/02/2024
0

KUALA LUMPUR: "Saya tidak dapat pemakluman terus, cuma dapat tahu daripada rakan-rakan dan salinan surat yang tular," kata bekas Pengurus...

Pengganas Bunuh 44 Penduduk Di Burkina Faso

Pengganas Bunuh 44 Penduduk Di Burkina Faso

09/04/2023
0

OUAGADOUGOU : Sekurang-kurangnya 44 orang awam terbunuh manakala ramai lagi yang cedera dalam serangan kumpulan pengganas di dua buah kampung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd