• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Jalan Banyak Program Kebajikan Selepas PRU14

oleh AK-47
26/01/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEAUFORT – Barisan Nasional (BN) mahu menjalankan lebih banyak program bantuan dan kebajikan jika diberi mandat untuk kekal menerajui kerajaan pada pilihan raya umum akan datang, kata Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah hari ini.

Beliau berkata selama ini BN telah membuktikan keupayaannya membantu dan mendengar keluhan rakyat tanpa mengira latar belakang.

“Tidak tentu lagi pembangkang akan dapat melaksanakan usaha sebegini jika mereka pula diberi mandat. Jangan kita ambil risiko,” katanya kepada pemberita selepas Program UMNO Bantu Rakyat 2.0 di sini hari ini.

Pada program itu, seramai 1,000 orang menerima bantuan sumbangan UMNO manakala 1,000 pelajar masing-masing menerima RM100 untuk membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).

Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid, yang juga Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Sabah dan Ketua UMNO Bahagian Beaufort Datuk Isnin Aliasneh.

Shamsul Anuar turut melawat dan menyampaikan bantuan kepada seorang penduduk yang hilang penglihatan di Kampung Rancangan Klias dekat sini.

Rafidah Kalong, 44, berkata dia hilang penglihatan secara tiba-tiba ketika sedang bekerja di sebuah restoran kira-kira dua tahun lalu.

“Doktor juga tidak tahu bagaimana saya boleh jadi buta,” kata ibu kepada empat anak itu.

Sementara itu suaminya, Johari Samin, 46 meluahkan rasa terharu dengan keprihatinan Biro Kebajikan UMNO yang datang melawat dan memberi bantuan kepada isteri dan keluarganya. – BERNAMA

Tags: BNDatuk Dr Shamsul Anuar NasarahPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd