• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hospital Selayang Ada Unit Jaga Kritikal Budak

oleh AK-47
26/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hospital Selayang kini menyediakan perkhidmatan sub-kepakaran dalam bidang penjagaan kritikal khas untuk pesakit kanak-kanak yang tenat menerusi penubuhan ‘Paediatric High Dependency Unit’ (PHDU).

Pengarah Hospital Selayang Dr Siti Zaleha Mohd Salleh berkata sejak ditubuhkan setahun lalu dengan kerjasama Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM), sebanyak 218 kanak-kanak telah diberi rawatan intensif dan semi-intensif melibatkan bantuan mesin pernafasan, ubat-ubatan dan pemantauan klinikal yang rapi.

“Sebelum penubuhan PHDU ini, pesakit kanak-kanak yang tenat akan dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Am di Hospital Selayang yang juga menempatkan pesakit-pesakit dewasa.

“Terdapat kekangan katil di ICU ini apabila pesakit-pesakit itu terpaksa dipindahkan ke hospital kerajaan atau hospital universiti yang mempunyai fasiliti ICU atau Unit Rawatan Rapi Paediatrik (PICU),” katanya bersempena perasmian PHDU oleh Timbalan Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan Datin Seri Dr Asmah Samat hari ini.

Dr Siti Zaleha berkata kadar pemindahan pesakit keluar dari Hospital selayang ke PICU hospital lain turun mendadak kepada tiada pemindahan pesakit keluar selepas lima bulan pembukaan PHDU sekali gus menjimatkan kos hospital dari semua segi. – BERNAMA

Tags: Hospital Selayang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hospital Selayang Pula Guna Kontena

28/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Selepas Hospital Sungai Buloh di Selangor, kini Hospital Selayang pula terpaksa menyediakan kontena khas, bagi menempatkan mayat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd