• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Bukan Kekasih, Dia Hanya Pembantu Peribadi” – Ezlynn

oleh
25/01/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI, Ezlynn menolak tanggapan segelintir pihak yang mendakwa bahawa seorang jejaka yang sering dilihat bersamanya adalah kekasih baharu.

Menurut Ezlynn, jejaka Tionghua terbabit yang juga bertugas di sebuah syarikat media terkenal itu bertindak sebagai pembantu peribadinya mengikut projek tertentu.

“Memang ada yang keliru apabila menyangka dia kekasih saya. Sebaliknya, dia pembantu peribadi saya, mengikut projek yang ditawarkan saja.

“Dia sendiri ada pekerjaan tetap dan hanya boleh bantu saya pada waktu cutinya. Kebiasaan, kalau ada kerja memerlukan saya mengembara agak jauh, dialah yang akan tolong memandu kereta.

“Lagipun, kakak dan abang saya tidak memandu. Jadi, kalau bawa mereka pun, memang saya juga yang kena memandu,” katanya seperti dipetik BH Online, hari ini.

Tambah pelantun lagu Hi Hi Bye Bye ini lagi, pada masa sama dia turut membantu jejaka yang tidak didedahkan namanya itu dalam perniagaan menjual monitor telinga.

Dalam perkembangan lain, penyanyi ini memberitahu bahawa dia kini menunggu masa terbaik untuk merakamkan lagu baru ciptaan Tam Spider.

“Lagu kali ini lebih santai. Ia bukan berkonsep pop rock seperti Hi Hi Bye Bye atau Sengsara. Saya boleh katakan lagu ini sedikit sebanyak macam Bersamamu.

“Saya banyak dibantu oleh orang penting Indigital Music, Poji Samad, untuk projek lagu single ini,” katanya.

Ekoran itu sebagai persediaan untuk muncul dengan buah tangan terbaru, Ezlynn kini sedang giat dan sibuk bersenam demi menjaga badan. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Ezlynn
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ezlynn, Adam Sah Bercerai Talak Satu

23/10/2017
0

SELEPAS tiga tahun rumah tangga mereka seakan retak, hari ini, penyanyi Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin dan suami, Adam...

Ezlynn Masih Belum Sah Bercerai

22/08/2017
0

MASALAH rumah tangga penyanyi Ezlynn dan suaminya, Adam Fahmy Shamsuddin masih belum menemui noktah meskipun proses penceraian mereka telah mengambil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd