Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

Hujah Halimey Ketinggalan Zaman...

PETALING JAYA - Calon PAS, Dr Halimah Ali menyifatkan hujah calon Pakatan Harapan...

Utusan Malaysia Juga Akan...

1. MULAI 12.8.2018 ruangan pojok Awang Selamat Mingguan Malaysia kembali kepada nama asal...

Keluarga MH370 Tidak Setuju...

Tiada siapa mampu menolak tragedi kehilangan pesawat MH370 adalah sesuatu yang amat misteri...

Alami Sesak Nafas, Zizan...

KUALA LUMPUR - Disebabkan terlalu penat bekerja, pelakon dan pelawak, Zizan Razak mengalami...

Ezlynn Masih Belum Sah Bercerai

MASALAH rumah tangga penyanyi Ezlynn dan suaminya, Adam Fahmy Shamsuddin masih belum menemui noktah meskipun proses penceraian mereka telah mengambil masa lebih tiga tahun.

Hal ini berlaku apabila Mahkamah Rendag Syariah Kuala Lumpur membubarkan Jawatankuasa Pendamai (JKP) pasangan itu berhubung kes penceraian mereka.

Hakim Syarie Mohamed Hizwan Mohamed membuat keputusan itu selepas mahkamah membenarkan permohonan Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 36, selaku plaintif memohon kes cerai itu didengar ke peringkat timbang tara (hakam), lapor Harian Metro.

Terdahulu, peguam syarie Izyan Hazwani Ahmad yang mewakili Ezlynn menyifatkan bahawa proses JKP adalah pengulangan perkara yang sama manakala hakam boleh menjadi ruang terakhir untuk kedua-dua pihak berbincang.

Justeru, mahkamah menetapkan 18 September depan Ezlynn dan Adam bagi melantik wakil lelaki dalam peringkat hakam nanti.

Hakam adalah satu proses yang diperuntukkan di bawah Seksyen 47(14) dan Seksyen 48 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 di mana mahkamah mempunyai kuasa melantik dalam kalangan saudara-mara terdekat iaitu dua penimbang tara yang mempunyai makluman berkaitan isu rumah tangga pihak-pihak terbabit untuk bertindak bagi pihak suami dan isteri itu.


Pada 20 April lalu, Ezlynn memfailkan permohonan cerai cara baik mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984.

Ezlynn dan Adam berkahwin pada 20 November 2011. – MYNEWSHUB.CC

Kategori