• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pairin Tunggu Laporan Terperinci Kes Rasuah JKNS

oleh AK-47
25/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata pihaknya sedang menunggu laporan terperinci mengenai dakwaan kes rasuah mebabitkan Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) baru-baru ini.

Katanya, beliau mengetahui perkara itu melalui laporan media dan kini sedang menunggu laporan terperinci daripada Pengarah JKNS, Mohd Zain Mohd Said.

“Biar kita menunggu perkembangan siasatan kes oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Tenaga Lestari 2018 di sini hari ini.

Pairin, yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, berkata demikian ketika diminta mengulas penahanan tiga pegawai kanan JKNS dan seorang kontraktor oleh SPRM awal minggu ini berhubung kes rasuah membabitkan projek infrastruktur pengangkutan kereta api di negeri itu.

Selasa lalu, empat individu terbabit termasuk seorang timbalan pengarah direman tujuh hari bagi membantu siasatan men gikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

SPRM Sabah dilaporkan telah menyita wang tunai berjumlah RM4 juta daripada empat individu berkenaan yang dirampas daripada peti simpanan milik individu berkenaan di beberapa buah bank. – BERNAMA

Tags: Kes RasuahTan Sri Joseph Pairin Kitingan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd