• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Melaka Tidak Kompromi Anggota Terlibat Dadah

oleh Ahmad Albab
25/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Polis Melaka tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggotanya yang didapati terlibat dalam sebarang aktiviti jenayah berkaitan dadah.

Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, mereka yang didapati bersalah akan dikenakan tindakan undang-undang serta-merta selain diberhentikan.

“Kita tidak akan berkompromi dengan kes-kes sebegini kerana kita sebagai penguat kuasa dan kita sememangnya tahu kesan penyalahgunaan dadah dalam masyarakat apatah lagi melibatkan anggota dan pegawai polis.

Saya ingatkan mereka jangan sesekali terlibat dengan najis dadah kerana akibatnya buruk sehingga boleh dibuang kerja jika didapati bersalah,” katanya kepada pemberita pada perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di sini hari ini.

Pada majlis itu, beliau turut menyerahkan 19 motosikal Unit Rondaan Bermotosikal (URB) kepada ibu pejabat polis daerah (IPD) Melaka Tengah, IPD Alor Gajah dan IPD Jasin bagi memudahkan anggota dan pegawai membuat rondaan pencegahan jenayah di kawasan yang ditetapkan.

Abdul Jalil turut mengingatkan ketua polis daerah dan ketua jabatan memainkan peranan bagi memantau serta memastikan anggota dan pegawai di bawah seliaan masing-masing tidak terjebak dengan masalah penyalahgunaan dadah.

Beliau berkata pada tahun lepas, lapan anggota polis di Melaka didapati positif dadah menerusi ujian air kencing yang dilakukan secara menyeluruh di negeri ini berbanding 12 anggota pada 2016.

Perkembangan positif itu adalah hasil pelaksanaan program Skim Kawalan Disiplin dan Dadah (SKDD) oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik yang mengambil urin anggota dan pegawai secara mengejut tanpa dimaklumkan kepada ketua jabatan, ketua polis daerah dan ketua bahagian yang menyelia.

“Skim berkenaan penting dilaksanakan bagi memastikan tiada anggota dan pegawai terbabit dengan gejala buruk yang boleh menjejaskan imej pasukan,” katanya. – BERNAMA

Tags: dadahpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd