• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petugas Media Terengganu Perlu Dukung Prinsip TTB

oleh Ahmad Albab
25/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Petugas media di Terengganu diminta menyokong agenda Kerajaan Negeri melalui lapan prinsip dalam Transformasi Terengganu Baharu (TTB) kerana ia adalah landasan tepat dalam membangunkan negeri ini menuju Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata setakat ini, beliau berpuas hati dengan jalinan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan petugas media dengan kedua-dua pihak saling memahami dan menyokong peranan dan tanggungjawab satu sama lain.

“Media sangat penting dalam menyalurkan maklumat tepat dan benar agar masyarakat dapat memahami sesuatu isu dengan sempurna supaya mereka tidak mudah dikelirukan dengan agenda pihak tidak bertanggungjawab.

“Dalam dunia teknologi tanpa sempadan, terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 tidak lama lagi, sudah pasti cabarannya lebih sengit.

“Pelbagai maklumat tidak tepat akan disebarkan pihak yang mempunyai agenda tertentu, di sinilah kerajaan negeri berharap agar petugas media Terengganu terus bersama-sama memberi pendedahan sebenar supaya rakyat dapat menilai situasi yang betul hasil laporan yang disiarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pelancaran Tabung Amanah Warisan Kelab Wartawan Media Terengganu (KAWAT) dan makan malam bersama media bertema ‘Kembali Ke Sekolah 2018’ di sini, malam tadi.

Turut hadir Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri Datuk Akmar Hisham Mokhles, Presiden KAWAT Wan Abdul Rahman Hayat dan lebih 170 petugas media di Terengganu.

Pada majlis itu juga, Ahmad Razif mengumumkan peruntukan sebanyak RM50,000 kepada KAWAT bagi tujuan pengurusan dan menyampaikan bantuan persekolahan kepada semua petugas media.

Sementara itu, Wan Abdul Rahman berkata KAWAT sentiasa berusaha bergerak seiring misi dan visi kerajaan pusat dan kerajaan negeri dalam membantu agenda pembangunan negara dan negeri khususnya.

“Kami sangat berterima kasih dengan kecaknaan Menteri Besar yang sentiasa peka dengan keperluan petugas media di negeri ini, terutama dalam menjaga kebajikan kami selama ini,” katanya.

Beliau memberitahu tabung itu bertujuan menjaga kebajikan pengamal media yang menjadi anggota penerima manfaat tabung tersebut ketika ditimpa musibah agar dapat meringankan beban mereka.

Penyertaan adalah secara sukarela dengan yuran komitmen sebanyak RM50 manakala sumbangan bulanan hanya RM10 seorang. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahmanmedia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

26/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kelab gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mendapat perhatian meluas media asing selepas...

Istana Arau Jadi Tumpuan Media, Menanti Istiadat Angkat Sumpah MB Baharu

Istana Arau Jadi Tumpuan Media, Menanti Istiadat Angkat Sumpah MB Baharu

28/12/2025
0

ARAU - Istana Arau di sini menjadi tumpuan pengamal media, dipercayai bagi membuat liputan istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perlis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd