• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saintis China Berjaya Hasilkan Monyet Klon

oleh Ahmad Albab
25/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Saintis China berjaya menghasilkan dua monyet klon pertama menggunakan proses sama yang pernah digunakan untuk penciptaan biri-biri, Dolly, lebih 20 tahun lalu.

Kejayaan itu boleh merangsang penyelidikan perubatan mengenai penyakit manusia. Monyet berekor panjang dinamakan Hua Hua dan Zhong Zhong dilahirkan di Akademi Sains China (CAS) Institut Sains Saraf di Shanghai.

Ia hasil penyelidikan bertahun-tahun mengenai teknik pengklonan, pemindahan sel nuklear somatik.

“Usaha ini berjaya meruntuhkan halangan,” kata Pengarah Pusat Kecemerlangan dalam Sains Otak dan Teknologi Kebijaksanaan CAS, Muming Poo.

Sehingga kini, teknik itu digunakan untuk mengklon lebih 20 spesis haiwan berbeza, termasuk anjing, babi dan kucing tetapi monyet terbukti amat sukar.

Kelahiran monyet yang kini berusia enam dan lapan minggu itu juga membangkitkan persoalan etika mengenai sejauh mana saintis sudah hampir untuk mengklon manusia satu hari nanti.

Manusia boleh diklon dengan teknik itu, secara prinsipnya, kata Poo, walaupun tumpuan pasukannya adalah mengklon untuk tujuan penyelidikan perubatan.

Satu hari, pendekatan ini mungkin digunakan untuk menghasilkan lebih banyak monyet untuk tujuan penyelidikan, dan mengelak mengambil haiwan itu dari hutan. – AFP/BH ONLINE

Tags: klonmonyetSaintis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Trak Bawa Monyet Makmal Terbalik Di Amerika Syarikat, Punca Panik Awam

Trak Bawa Monyet Makmal Terbalik Di Amerika Syarikat, Punca Panik Awam

30/10/2025
0

Trak Bawa Monyet Makmal Terbalik di Amerika Syarikat, Punca Panik Awam — Namun Dakwaan Jangkitan Penyakit Disangkal Oleh Mynewshub WASHINGTON,...

TULAR: Lelaki Sembur Cat Ke Badan Monyet, Pencinta Haiwan Gesa Tindakan Tegas

TULAR: Lelaki Sembur Cat Ke Badan Monyet, Pencinta Haiwan Gesa Tindakan Tegas

24/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua klip video tular di media sosial mengenai tindakan seorang lelaki menyembur cat ke badan dan muka seekor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd