• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Korea Utara Ajak Bangsa Korea Kembali Bersatu

oleh Ahmad Albab
25/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEOUL – Korea Utara menyeru semua bangsa Korea di luar mahupun dalam negara, bersatu dengan cara telus tanpa ada campur tangan kuasa luar.

Media tempatan melaporkan pengumuman yang jarang berlaku itu dikeluarkan hari ini, menggesa semua bangsa Korea Utara dan Korea Selatan saling berhubung, berkunjung dan bekerjasama.

Dalam kenyataan yang sama, Pyongyang mengancam akan ‘menghancurkan’ semua halangan yang menentang usaha penyatuan di Semenanjung Korea.

Pengumuman yang dibuat selepas pertemuan dua kerajaan dan parti politik itu turut menggesa bangsa Korea mengambil langkah perlu untuk meredakan ketegangan dan mewujudkan suasana aman di Semenanjung Korea.

Agensi berita Korea Utara menyebut, ketegangan ketenteraan di Semenanjung Korea menjadi halangan utama dalam usaha memulihkan hubungan dan perpaduan antara dua negara Korea itu.

Menurut laporan KCNA itu, latihan ketenteraan bersama tentera luar menunjukkan ia tidak membantu perkembangan hubungan antara Korea Utara dan Korea Selatan.

Bagaimanapun, Korea Utara tidak mendedahkan butiran sebab pertemuan diadakan tetapi kenyataan itu mengatakan ia adalah sokongan terhadap ucapan tahun baharu pemimpin mereka, Kim Jong-Un yang menyentuh soal perpaduan.

Jong-Un berkata, tahun ini tahun yang bermakna untuk kedua-dua negara kerana Korea Utara meraikan ulang tahun ke-70 penubuhannya manakala Korea Selatan pula menjadi tuan rumah Sukan Olimpik musim sejuk bulan depan. – Reuters/BH ONLINE

Tags: Kim Jong-unKorea Utara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

12/10/2025
0

KOREA UTARA PAMER PELURU BERPANDU ANTARABENUANYA TERKINI, HWASONG-20 - Dipercayai Mampu Cecah AS PYONGYANG, 11 Okt – Korea Utara sekali...

Korea Utara Kutuk Serangan AS

Korea Utara Kutuk Serangan AS

23/06/2025
0

SEOUL: Korea Utara hari ini, mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas fasiliti nuklear Iran yang disifatkan pelanggaran serius terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd