• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Tiba Di New Delhi Menjelang Sidang Kemuncak

oleh Ahmad Albab
25/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini pada Rabu untuk menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India selama dua hari bermula Khamis.

Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Pangkalan Tentera Udara Palam pada 8.05 malam waktu tempatan (10.35 malam waktu Malaysia) dan disambut oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India Datuk Hidayat Abdul Hamid dan Menteri Negara India bagi Kewangan, Shri Siv Pratap Shukla selaku menteri pengiring.

Najib ialah seorang daripada 10 ketua negara dan kerajaan ASEAN yang telah mengesahkan kehadiran pada sidang kemuncak tersebut yang akan berlangsung di ibu negara India sempena sambutan Hari Republik Ke-69 negara itu pada Jumaat.

Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India bertemakan “Nilai Bersama, Matlamat Bersama” akan diadakan sempena ulang tahun ke-25 hubungan dialog ASEAN-India.

Pada Khamis, jadual ketat Najib bermula dengan majlis makan tengah hari yang dihoskan oleh Presiden India, Ram Nath Kovind di Istana Presiden, Rashtrapati Bhavan, bagi meraikan ketua-ketua negara dan kerajaan ASEAN sebelum menghadiri sesi pemukiman tertutup mengenai kerjasama dan keselamatan maritim.

Semasa Sidang Kemuncak Peringatan, para pemimpin dijangka menerima pakai Deklarasi Delhi untuk mengukuhkan kerjasama dan kolaborasi ASAN-India terutama bagi memerangi keganasan, kesalinghubungan serantau dan hubungan perniagaan serta memperkukuhkan interaksi rakyat dengan rakyat demi keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau.

Perdana Menteri dijadualkan mengunjungi rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi untuk membincangkan isu-isu kepentingan bersama pada Jumaat (26 Jan).

Sebelum mesyuarat itu, Najib bersama pemimpin ASEAN yang lain akan menjadi tetamu kehormat pada perbarisan Hari Republik India di India Gate. Beliau juga dijadual menunaikan solat Jumaat di Masjid Jama, Delhi, satu daripada masjid terbesar dan bersejarah di India.

Sementara itu, dalam ptrogram berasingan, Rosmah akan melawat Kuil Swaminarayan Akshardam, untuk meninjau kompleks itu yang menyimpan khazanah tradisional India, budaya Hindu, spiritual dan seni bina sejak seribu tahun. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Desas-desus kemungkinan pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin bertiup kencang susulan satu hantaran...

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd