• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Pernah Kerja Di Bahagian Kuat Kuasa Kastam

oleh Ahmad Albab
26/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), yang empat kenderaan miliknya dan keluarga terbakar dipercayai perbuatan khianat di hadapan rumahnya di Presint 11 di sini semalam, pernah menumpaskan sindiket ketika bertugas di bahagian penguatkuasaan agensi itu.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata sebelum ditukarkan ke Bahagian Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) JKDM, pegawai kanan itu pernah menumpaskan sindiket yang membawa masuk barang berduti tinggi seperti rokok dan arak.

“(Kejadian) itu tiada kaitan dengan GST. Ia mempunyai kaitan dengan tugas sebelum ini.

“Sebelum ditukarkan, beliau berjaya menumpaskan beberapa sindiket yang membawa masuk barang-barang bernilai berjuta-juta ringgit yang tidak dibayar duti,” katanya pada sidang media selepas Sambutan Hari Kastam Sedunia Ke-36 Tahun 2018 di sini, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu, empat kenderaan milik keluarga Penolong Kanan Pengarah Kastam Penguat Kuasa GST JKDM, Nur Azman Mat Jini terbakar di hadapan rumah kuarters yang didiaminya, dipercayai akibat perbuatan khianat.

Kejadian itu turut mengakibatkan bahagian hadapan rumahnya hampir musnah berikutan api merebak daripada kenderaan yang terbakar itu.

Johari berkata pegawai dan anggota JKDM terdedah dengan ancaman jenayah kerana banyak transaksi yang melibatkan barangan berduti tinggi.

“Sebab itu, kita sentiasa memantau aktiviti gelap ini agar ia tidak menjejaskan peranan Kastam untuk memantau sistem pencukaian dalam negara,” katanya sambil memberi jaminan bahawa keselamatan pegawai dan anggota JKDM akan sentiasa dipantau.

“Bagi mereka yang diugut, (mereka) diminta membuat laporan polis agar siasatan dapat terus berjalan agar perkara tidak diingini tidak berulang,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kastamkebakaran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd