• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Bakar Kereta Keluarga Kastam: Polis Semak CCTV

oleh Ahmad Albab
25/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berdekatan rumah pegawai kanan kastam yang empat kereta miliknya dan keluarga terbakar di Presint 11 di sini semalam bagi mencari petunjuk, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim.

“Kita mahu lihat apakah jenis kenderaan yang dipandu (suspek) maka oleh itu kita akan semak semua CCTV yang ada di sekeliling (kawasan kejadian) untuk mendapatkan maklumat lanjut terutamanya mengenai suspek,” katanya kepada media selepas melawat lokasi kejadian ​​di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu, empat kenderaan milik keluarga Penolong Kanan Pengarah Kastam Penguat Kuasa GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Nur Azman Mat Jini terbakar di hadapan rumah kuarters yang didiaminya dipercayai perbuatan khianat.

Kejadian tersebut turut mengakibatkan bahagian hadapan rumahnya hampir musnah akibat rebakan daripada kenderaan yang terbakar.

Mazlan berkata setakat ini seramai tiga orang saksi telah dipanggil untuk membantu siasatan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut untuk tampil membantu pihak polis.

“Saya juga meminta supaya tidak ada mana-mana-pihak yang cuba menular apa-apa cerita yang tidak benar berkenaan kes ini,” katanya.

Ditanya adakah perbuatan khianat tersebut ada kena mengena dengan tugas yang dilaksanakan pegawai tersebut, Mazlan berkata pihak polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh.

“Siasatan akan dibuat secara sepenuhnya serta terperinci untuk memastikan kes ini dapat diselesaikan,” katanya.

Kes tersebut diklasifikasikan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api. – BERNAMA

Tags: CCTVkebakaran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd