• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terlibat Kes Curi, 2 Bekas Staf Aliff Syukri Dicekup

oleh
24/01/2018
dalam Artis, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

POLIS menahan sepasang suami isteri disyaki terlibat dalam kes curi wang tunai dan barang kemas milik isteri usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri bernilai RM100,000 pada 18 Jun tahun lalu.

Suspek masing-masing berusia dalam lingkungan 40-an dan 20-an yang juga merupakan bekas pekerja Pengarah Urusan D’Herbs itu ditahan di kediaman mereka terletak di Pandamaran, Klang, Selangor pada Isnin.

Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt. S. Somu, suspek adalah pasangan suami isteri yang mempunyai hubungan dengan dua bekas pembantu rumah Aliff yang mana sudah didakwa pada 5 Julai tahun lalu.

Baca: Polis Dapat Cekup 3 Suspek Kes Curi Aliff Syukri

“Pada 18 Jun 2017 jam 4 petang, isteri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid telah buat laporan polis mengenai pembantu rumahnya yang dipercayai terlibat dengan kecurian dalam rumah beliau.

“Ekoran laporan tersebut, pihak polis telah menangkap dua orang suspek dan mereka telah dituduh (di mahkamah).

“Dua hari lepas, pihak polis menangkap dua lagi suspek warga Indonesia, seorang lelaki dan seorang perempuan, yang dipercayai terlibat dalam kes ini.

“Kedua-dua suspek kini direman sehingga 4 Februari,” katanya seperti yang dipetik daripada Astro Awani.

Menurutnya lagi, pihak polis juga berjaya merampas satu tas tangan berjenama dan barang kemas bernilai RM25,000 yang dipercayai milik Nur Shahida selain wang tunai berjumlah RM 2,000.

Kes disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: aliff syukriDato' Aliff SyukriDatuk Aliff SyukriDatuk Seri Aliff Syukri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aliff Syukri Mohon Maaf

26/04/2022
0

CYBERJAYA : Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan video muziknya sebelum...

Aliff Syukri Calonkan Diri Sebagai Perdana Menteri Ke-9

17/08/2021
0

PETALING JAYA - Penyanyi dan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menyatakan hasratnya untuk memohon jawatan sebagai Perdana Menteri ke-9...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd