• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon Kalabakan Keputusan Pemimpin Tertinggi

oleh AK-47
24/01/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh menyerahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi untuk menentukan calon sesuai bertanding di kawasan itu jika perlu menggantikan beliau dan wakil rakyat lain pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Katanya menjadi tanggungjawab semua anggota UMNO untuk akur dengan keputusan yang ditetapkan Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak selepas melaksanakan ikrar taat setia kepada UMNO.

“Kita tidak boleh mencalonkan diri sendiri (untuk bertanding di Kalabakan) melainkan itu keputusan perdana menteri,” katanya kepada pemberita selepas pemberian bantuan wang persekolahan RM100 kepada 648 pelajar di SK Pasir Putih dekat sini hari ini.

Beliau menjawab soalan pemberita mengenai isu yang dibangkitkan akar umbi bahawa wakil rakyat sedia ada sudah terlalu lama memimpin kawasan itu dan perlu ditukar.

Ghapur berkata beliau sendiri sedar bahawa beliau antara pemimpin senior di kawasan Parlimen Kalabakan. Kawasan itu mempunyai tiga kawasan Dewan Undangan Negeri – Merotai, Tanjong Batu dan Sebatik

“Saya sudah menjadi wakil rakyat selama tujuh penggal dengan empat penggal di Dewan Undangan Negeri dan tiga penggal di Parlimen,” katanya namun itu atas keputusan pucuk pimpinan selama ini.

Pada majlis itu, Abdul Ghapur turut menyampaikan 2,500 sumbangan beg sekolah daripada anggota Parti Liberal Demokratik (LDP) Jonathon Lim. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ghapur Optimis Kekal Rekod Tanpa Kalah Di Kalabakan

27/04/2018
0

TAWAU – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh optimis dapat mengekalkan rekod tanpa...

Ghapur Cadang KPDNKK Laksana KJSR Setahun

21/02/2018
0

TAWAU - Anggota Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh mencadangkan agar Karnival Jualan Sentuhan Rakyat (KJSR) dapat diadakan selama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd