• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ghapur Optimis Kekal Rekod Tanpa Kalah Di Kalabakan

oleh Ahmad Albab
27/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh optimis dapat mengekalkan rekod tanpa kalah BN di Kalabakan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Enggan bercakap besar, Abdul Ghapur berkata rakyat akan memilih calon yang dikenali serta parti yang memiliki rekod baik dalam membantu masyarakat di kawasan itu.

“Saya tidak mahu mengecilkan pembangkang tetapi rakyat faham, tahu bahawa BN ini sudah bertapak lama dan saya percaya rakyat akan terus memilih BN kerana rekodnya,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di sini, hari ini.

Dalam pilihan raya umum 2004 dan 2008, Abdul Ghapur memenangi kerusi Parlimen Kalabakan tanpa bertanding.

Di bawah Parlimen Kalabakan terdapat tiga DUN iaitu Merotai, Sebatik dan Tanjung Batu.

Dalam pada itu, calon BN di DUN Sebatik, Datuk Muis Picho berkata pengundi di Sebatik akan memilih parti yang terbukti memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat.

“Di bawah BN pelbagai projek dibangunkan termasuk projek jalan raya bernilai RM3.5 juta sedang dilaksanakan dan satu lagi projek naik taraf masjid di kawasan Wallace Bay ketika ini,” katanya turut yakin dapat mengekalkan kerusi Sebatik yang disandang pada PRU13.

Sementara itu bagi calon DUN Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat yang juga penyandang kerusi berkenaan pada PRU13, PRU kali ini adalah mencabar namun rakyat boleh menilai prestasi kerja calon dan parti sepanjang tempoh lima tahun lepas.

​​​​​​​”Sepanjang lima tahun ini, banyak kemudahan disediakan BN untuk rakyat termasuk membuka Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di Kalabakan, Merotai termasuk Tanjung Batu dan terkini satu lagi PI1M akan dibuka di Felda Umas, tapak bangunan telah dikenal pasti,” katanya. – BERNAMA​​​​​​

Tags: Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ghapur Cadang KPDNKK Laksana KJSR Setahun

21/02/2018
0

TAWAU - Anggota Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh mencadangkan agar Karnival Jualan Sentuhan Rakyat (KJSR) dapat diadakan selama...

Calon Kalabakan Keputusan Pemimpin Tertinggi

24/01/2018
0

TAWAU - Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh menyerahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi untuk menentukan calon sesuai bertanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd