• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

15 Militan Maut Serangan Udara Di Afghanistan

oleh AK-47
24/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUNDUZ – Sekurang-kurangnya 15 militan Taliban terbunuh manakala 10 lagi cedera dalam satu serangan udara di wilayah Sari Pul yang terletak di utara Afghanistan, lapor agensi berita China Xinhua memetik sumber tentera pada Rabu.

“Insiden itu berlaku pada lewat Selasa di kawasan Shah Toot, daerah Sayyad selepas Pasukan Udara Tentera Darat Kebangsaan Afghanistan (ANA) melancarkan serangan ke atas sebuah kubu militan.

“Serangan itu dilancar berdasarkan maklumat risikan khusus yang mengesahkan kehadiran sejumlah besar anggota militan di situ,” kata Nastraullah Jamshidi, pegawai akhbar Kor Tentera 209 Shaheen yang berpangkalan di wilayah itu, kepada Xinhua.

Selain itu, seorang anggota militan bernama Mohammad Akram terbunuh manakala dua lagi cedera pada awal Rabu selepas bahan letupan diubah suai (IED) yang mereka bawa untuk ditanam di sepanjang jalan utama, telah diletupkan secara tidak sengaja di daerah Archi, yang terletak dalam wilayah berjiran iaitu Kunduz, kata Ketua Daerah Nasruddin Nazari.

Kumpulan militan Taliban, yang telah melakukan pemberontakan lebih 16 tahun, belum mengeluarkan sebarang kenyataan. – BERNAMA

Tags: Serangan Udara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Iran Pintas Serangan Udara Israel, Lapor Kerosakan Terhad

Iran Pintas Serangan Udara Israel, Lapor Kerosakan Terhad

26/10/2024
0

KUALA LUMPUR - Iran menyatakan bahawa serangan udara Israel yang menyasarkan pusat-pusat ketenteraan di Tehran, wilayah barat Ilam serta wilayah...

Kes Bella: Tiga Direman Bantu Siasatan Penemuan Rangka

AS Lancar Serangan Baharu Ke Atas Pelancar Peluru Berpandu Anti-Kapal Houthi

20/01/2024
0

WASHINGTON: Washington: Amerika Syarikat (AS) melancarkan gelombang baharu serangan udara terhadap Houthi yang berpangkalan di Yaman, dengan menyasarkan pelancar peluru...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd