• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sivarasa Gagal Rujuk Isu Perlembagaan Ke Mahkamah

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak rayuan Anggota Parlimen Subang R.Sivarasa bagi merujuk isu perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan, berkaitan pertuduhan memuat naik muka hadapan palsu majalah Time membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di laman Facebooknya, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak membuat keputusan itu selepas mendapati Seksyen 233(1)(a) dan 233(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 adalah sah dan tidak bercanggah dengan Perkara 8 dan 10(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Mohd Sofian berkata seksyen itu merupakan satu undang-undang yang sah dan mengikut perlembagaan, justeru kes itu tidak perlu dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.

Sehubungan itu beliau memerintahkan kes tersebut diteruskan dengan perbicaraan di Mahkamah Sesyen dan menetapkan 6 Februari untuk sebutan.

Pada 10 November 2016, Sivarasa mengemukakan permohonan mengikut Seksyen 30 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, untuk mencabar sama ada Seksyen 233(1)(a) dan 233(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 adalah bercanggah dengan Perkara 8 dan 10(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Pada 15 April 2016, Sivarasa, 62, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memuat naik muka hadapan palsu majalah Time membabitkan Najib di laman Facebooknya, Mac 2016.

Dia menghadapi dua pertuduhan menggunakan perkhidmatan aplikasi melalui laman akaun Facebook ‘Sivarasa Rasiah’ dalam dua pautan iaitu secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang palsu sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Sivarasa yang juga seorang peguam itu didakwa melakukan kedua-dua kesalahan berkenaan pada 7.41 malam, 22 Mac 2016 dan 4.59 pagi, 23 Mac 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua pautan itu dibaca di No A-1110, Tingkat 11, Menara A Pandan Kapital, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah di sini pada 9.20 pagi hingga 9.30 pagi, 23 Mac 2016.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Mohd Sophian Zakaria manakala Sivarasa diwakili peguam Prof. Dr. Gurdial Singh Nijar. – BERNAMA

Tags: mahkamahSivarasa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nik Abduh Seru ‘Ceplos’ Baca Jawapan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Tahun 2024 Mengenai Hukum Kutipan Derma Bayar Denda Mahkamah

Nik Abduh Seru ‘Ceplos’ Baca Jawapan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Tahun 2024 Mengenai Hukum Kutipan Derma Bayar Denda Mahkamah

12/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negara, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkongsi penjelasan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan beberapa tahun...

Media Lapor Kenderaan Bawa Najib Keluar Penjara Kajang Ke Mahkamah

Media Lapor Kenderaan Bawa Najib Keluar Penjara Kajang Ke Mahkamah

10/11/2026
0

KAJANG - Kenderaan yang membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dilaporkan keluar dari pekarangan Kompleks Penjara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd