• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SOP Banjir Kemaman Pencontoh Kawasan Berisiko Banjir

oleh Ahmad Albab
15/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata prosedur operasi standard (SOP) banjir yang diguna pakai di Kemaman bagi menghadapi bencana banjir baru-baru ini boleh dijadikan model bagi kawasan berisiko banjir di seluruh negara.

“Pencontoh Kemaman (SOP banjir) boleh menjadi model kepada persiapan banjir di kawasan lain di seluruh negara dan tidak juga bererti pencontoh yang dulu silap, tapi dunia sudah berubah dan cara menghadapi banjir juga telah berubah,” katanya ketika berucap pada majlis pemberian wang ihsan kepada 215 warga Kementerian Pertahanan di Institut Kemahiran Belia Negara di sini hari ini.

Beliau berkata persiapan rapi yang dibuat Majlis Daerah Kemaman bersama-sama beberapa agensi kerajaan yang berkaitan banyak membantu operasi banjir walaupun dalam keadaan kritikal.

Katanya tanpa perancangan dan persiapan rapi seperti yang dilakukan di Kemaman adalah mustahil untuk pasukan penyelamat melaksanakan beberapa misi bantuan khasnya di kawasan yang telah terputus hubungan darat.

Menurutnya usaha untuk membina helipad di beberapa kawasan strategik ternyata banyak membantu dalam menyalurkan bantuan makanan serta memindahkan mangsa banjir ke tempat selamat.

“Sebagaimana sukarnya operasi menyelamat di Kelantan, faktor tidak ada kawasan pendaratan helikopter merupakan antara cabaran utama kepada agensi yang berkaitan,” katanya.

Sejak banjir melanda di beberapa negeri, pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang telah menagihkan 3,415 tan bekalan makanan ke kawasan banjir iaitu 2,704 tan diagih melalui darat dan 711 tan melalui udara melibatkan 323 penerbangan melalui Ops Murni.

Operasi itu turut melibatkan 3,890 pegawai dan anggota ATM yang bertugas di barisan hadapan selain aset ATM iaitu sebuah helikopter Nuri, helikopter EC725 (lima), helikopter Agusta (dua), pesawat C130 Hercules (dua) selain bot (60), trak 3 tan (168), trak 7 tan TATRA (29) serta beberapa lagi aset-aset lain.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata pembinaan helipad yang sebelum ini dianggap sesetengah pihak sebagai projek “gajah putih” ternyata memberi banyak manfaat kepada operasi banjir baru-baru ini.

Katanya SOP Banjir Kemaman yang mendapat pengiktirafan “Gold Standard” daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini adalah atas usaha gigih dan komitmen setiap agensi yang telah membuat persiapan awal dalam menghadapi situasi terburuk. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd