• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perunding Wanita Direman Kes Terowong Dasar Laut

oleh Ahmad Albab
25/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini mengeluarkan perintah reman lima hari terhadap seorang perunding kejuruteraan wanita bagi membantu siasatan projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Majistret Fatina Amyra Abdul Jalil mengeluarkan perintah reman terhadap wanita berusia 50 tahun itu bermula hari ini sehingga 28 Januari bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan.

Wanita itu, perunding kanan sebuah syarikat yang bertanggungjawab ke atas projek terowong dasar laut di Pulau Pinang, memakai pakaian lokap SPRM berwarna jingga dan tangan bergari, ketika tiba di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 10 pagi.

Dia ditahan kira-kira pukul 6.10 petang semalam ketika hadir memberi kenyataan di Ibu Pejabat SPRM di sini. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Media yang memetik sumber SPRM melaporkan bahawa wanita itu dipercayai terlibat dalam penyediaan dokumen tuntutan palsu bagi kajian kebolehlaksanaan tiga jalan utama dan terowong di Pulau Pinang yang bernilai kira-kira RM305 juta kepada kerajaan negeri.

Dengan penahanan terbaru ini, seramai tiga individu ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Sebelum ini, dua pemimpin syarikat bergelar “Datuk” iaitu seorang pengarah eksekutif kanan sebuah syarikat konsortium dan seorang timbalan pengerusi sebuah syarikat pembangunan hartanah ditahan reman bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki pada Isnin lepas berkata setakat ini, SPRM merakam percakapan 76 saksi untuk memastikan kes itu disiasat daripada semua aspek dan secara adil.

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerahkan kepada Consortium Zenith Construction, yang terdiri daripada beberapa syarikat.

Sebelum ini, projek itu mencetuskan pelbagai kontroversi antaranya berhubung kos kajian kebolehlaksanaan yang terlalu tinggi selain kaedah pembayaran melibatkan pertukaran tanah kerajaan negeri serta pelaksanaannya dibantah penduduk negeri yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar. – BERNAMA

Tags: Isu Terowong Dasar LautSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd