• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Dibenarkan Berpolitik Tetapi Bersyarat – KPPA

oleh AK-47
23/01/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Guru-guru daripada Gred 41 hingga Gred 48 dibenarkan untuk berkecimpung dalam bidang politik berdasarkan panduan yang dikeluarkan dalam pekeliling bilangan 2010, namun mereka terlebih dahulu perlu mendapat kebenaran daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zainal Rahim Seman.

Beliau berkata kebenaran yang diberikan itu juga disertai dengan syarat-syarat tertentu kerana pihak kementerian tidak mahu mana-mana pegawai pendidikan yang memegang jawatan pentadbiran terlibat memegang jawatan politik, kerana ada perbezaan ketara antara dua tugas itu.

“Kita tidak mahu apa-apa kaedah di pentadbiran itu dijadikan bahan-bahan politik yang boleh mewujudkan “contradiction” ataupun pencanggahan dari segi kepentingan antara tugas-tugas dalam hal politik,” katanya dalam satu persidangan media di penghujung Majlis Wacana Jelajah Transformasi Nasional 50 (TN50) Anjuran Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama Petra Jaya, di sini hari ini.

Katanya dalam apa-apa kaedah dan panduan yang telah ditetapkan, adalah menjadi satu kelaziman ia dilengkapi dengan peraturan, yang mana sesiapa yang melanggar peraturan-peraturan ini boleh dikenakan tindakan sebagai langkah kawalan.

Sementara itu, Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda yang turut serta dalam persidangan media itu berkata berdasarkan liberalisasi kerajaan sebelum ini, penjawat awam memang dibenarkan berpolitik, asalkan tidak melanggar tatatertib dan etika.

“Sebagai penjawat awam, semua memang sudah sedia maklum bahawa mereka terikat dengan Akta Rahsia Rasmi, dan jika hendak berpolitik atau memimpin negara – tiada masalah, asalkan mendapat kelulusan,” katanya.

Terdahulu semasa menjawab satu soalan berkaitan gaji penjawat awam dalam sesi wacana hari ini Zainal Rahim berkata sebarang rancangan kenaikan gaji perlulah dibuat seiring dengan kenaikan produktiviti pekerja, yang merupakan modal insan dalam menentukan keuntungan dalam sesebuah organisasi.

Beliau berkata ia adalah beberapa perkara yang perlu diperhalusi kerajaan sebelum sebarang ketetapan dibuat berhubung kenaikan gaji penjawat awam.

“Seterusnya (yang perlu dikaji) adalah dari segi ekonomi, kesan kepada peniaga. Apabila berlaku kenaikan gaji, para peniaga akan mengambil peluang untuk menaikkan harga barangan,” katanya.

TN50 digagaskan oleh Perdana Menteri, Najib Tun Razak, merupakan dasar futuristik bagi memeta hala tuju negara dalam tempoh 30 tahun selepas 2020. – BERNAMA

Tags: GuruTan Sri Zainal Rahim Seman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

09/04/2026
0

KAJANG – Seorang guru sekolah swasta maut dalam keadaan tragis selepas digilis sebuah treler dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd