• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 2 Lelaki, Rampas Syabu RM6.3 Juta

oleh Ahmad Albab
22/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis menahan dua anggota sindiket pengedaran dadah dan merampas syabu seberat 90 kilogram (kg) bernilai RM6.3 juta dalam dua serbuan di Pulau Pinang pada Jumaat dan Sabtu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata hasil risikan dan intipan yang dijalankan sejak sebulan lepas, sepasukan polis menyerbu sebuah rumah di Kota Permai di Bukit Mertajam dekat sini pada 4 petang Jumaat dan menahan seorang lelaki.

“Hasil pemeriksaan di dalam rumah itu, polis merampas 86 ketulan syabu seberat 90 kg bernilai RM6.3 juta, yang dipercayai dibawa masuk dari negara jiran dan di tempatkan di kediaman itu yang disewa sindiket berkenaan.

“Mereka menjadikan rumah itu sebagai tempat memproses dadah sebelum membungkusnya semula dan mengedar kepada anggota sindiket. Dadah yang dirampas itu adalah untuk dipasarkan ke seluruh negara,” katanya pada sidang berita di sini, hari ini.

Beliau berkata selepas diproses, syabu yang dirampas itu boleh digunakan oleh 450,000 penagih di seluruh negara.

Susulan serbuan pertama itu, polis menahan seorang lagi lelaki, yang merupakan anggota rangkaian pengedaran dadah itu, di Pulau Tikus di sini pada 3 pagi Sabtu.

Mohmad berkata ekoran penahanan dua lelaki berusia 31 dan 41 tahun itu, polis merampas wang tunai sebanyak RM3,150 serta dua kereta jenis Honda Accord dan Honda City selain membekukan wang sebanyak RM500,000 dalam beberapa akaun milik mereka.

“Dua lelaki itu dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah sejak tahun lepas. Mereka turut positif dadah dengan seorang daripada mereka mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah,” katanya.

Kedua-dua mereka direman enam hari untuk membantu siasatan.

Polis juga sedang mengenal pasti beberapa lagi individu termasuk dalang utama sindiket pengedaran dadah itu, katanya. – BERNAMA

Tags: Syabu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu MPV Rempuh Tol, Tinggal Syabu RM3.3 Juta

Pemandu MPV Rempuh Tol, Tinggal Syabu RM3.3 Juta

01/10/2025
0

PETALING JAYA - Tindakan seorang pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) melarikan diri selepas merempuh palang di Plaza Tol Damansara pada...

Syabu Dirampas, Tiga Buruh Tempatan Ditahan Di Tawau

Syabu Dirampas, Tiga Buruh Tempatan Ditahan Di Tawau

28/09/2025
0

Syabu Dirampas, Tiga Buruh Tempatan Ditahan di Tawau TAWAU, 28 Sept – Polis menahan tiga buruh tempatan dalam siri operasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd